Sunday, 6 May 2012

DIA DIHATIKU 3



“ada tapi malas nak cakap pasal dia.Orang sakit hati bila mengenangkan apa yang dia dah buat pada abang.”
“Sha,itu jodoh dia.Apa abang boleh buat?Dah tiada jodoh.”
“suami dia kahwin lagi satu sebab dia tak boleh mengandung.Dahlah,abang.Dia tak ada kena mengena dengan masa depan kiita.”
Aishah terus menguatkan volume radio.Firas Huzaimi faham yang adiknya itu tak suka berbahas pasal hal itu.Lagu Demi Lovato menarik minat Aishah untuk menyanyi.
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper
adik nie dah macam orang putus cinta apasal?”
“sibuklah abang.”
Aishah terus menyanyikan lagu itu sampai habis.Geram dilepaskan dengan menyanyi.Kenapa hari ni aku angin sangat?Salah sikit,macam-macam aku buat?Nak period  apa?
“kita pergi karoke nak?”
“tak nak!”
Firas Huzaimi hanya mengangkat bahu.Kalau dulu,ajak pergi karoke cepat je nak ikut.Tak nak bawa,siap merajuk lagi.Hurm,Aishah dah matang.Agak-agak dia tu dapat ke tackle adik aku nie?Memanglah tak banyak kerenah tapi entahlah..
“petang nie kita gerak rumah mama lah.Tapi orang hantar abang je.”
“kenapa pulak?”
“orang kerja lah besok.Hari ni orang ambil AL semata-mata nak ambil abang”
“abang lupa pulak hari ni hari Rabu.”
“hujung minggu kita lepaklah kat luar..Ajak mama dengan babah.”
“set!”

Tiba je di rumah,Aishah terus mengemas rumahnya sikit-sikit sementara abangnya berehat di tingkat atas.Dah berbulan aku tak kemas rumah.Nasib baik tak bersepah.Kalau tak malu je kena kutuk dengan abang aku yang sememangnya pengemas orangnya itu.
“nak masak apa erk?”
Lepas siap mengemas,Aishah terus masuk dapur.Nak masak apa ye?Masak nasi goreng?Macam tak kena pulak.Dah tengah hari kot..Yess!Dapat idea...Masak ketam masak lemak.Siap masak nasi dan lauk,Aishah buat muffin pula.Mama mintak dia buatkan 50 biji.Entah nak buat apa banyak-banyak.
“buat lebih lah.”
Tepat pukul lima baru Firas Huzaimi bangun.Sedapnya bau.Mesti adik aku buat muffin.Yummy!Aishah memang suka masak tapi malas mengemas.
“amboi,Sha.Banyaknya buat muffin.
“mama pesan...nie je hari yang orang sempat buat.Kalau abang lapar,atas meja makan orang dah hidang lauk.”
“nak abang tolong?”
“pergi makan dulu.”
Berlari-lari anak Aishah ke oven untuk mengambil muffin yang sudah siap dibakar.Dulang muffin yang baru siap dibakar disejukkan dan dulang last dimasukkan ke dalam oven.
“Sha,jom makan sekali!”
“makanlah dulu.Orang makan muffin je.”
-->

No comments:

Post a comment