Sunday 6 May 2012

DIA DIHATIKU 2



Ketika menjemput abangnya di airport,muka dia masih ketat.Mulutnya membebel-bebel marahkan lelaki tadi.Dahlah perasan gila!Kalau aku jumpa dia lagi memang aku senduk kualikan dia.
“garangnya adik kesayangan abang nie...”
“abang!!!!”
Tubuh Firas Huzaimi terus dipeluk bila memandang wajah yang dirindui bertahun itu..Adengan air mata mula lah masuk port.Basah t-shirt abangnya itu dengan air mata.
“adik sayang...dah-dah.malulah orang pandang.”
“orang rindu abang tau tak?!siapa suruh duduk oversea lama-lama?”
Mengaduh Firas Huzaimi seketika bila perutnya dicubit-cubit geram.Tudung yang melilit kepala Aishah pula diusap kasar dengan tujuan supaya Aishah berhenti mencubit perutnya.Laju je tangan Aishah menepis.Penat aku lilit tudung nie abang sesuka hati nak rosakkan.
“jangan kacau tudung oranglah...dah lah,jom kita balik.”
“nak terus balik rumah mama ke?”
“abang gila nak balik terus..rehatlah dulu.”
“saja je abang usik adik abang ni..”
“abang memang!”
Mereka terus berjalan beriringan.Dari belakang dah nampak macam diaorang ni couple padahal adik beradik.Nabilla yang sememangnya sukakan Firas Huzaimi memandang mereka berdua dengan perasaan bercampur baur.Benci,meluat,geram!
“patutlah kau tolak aku,Zaimi! aku tak dapat kau, jangan harap dia pun dapat kau!!”
Di dalam kereta Firas Huzaimi yang memandu meskipun ditegah Aishah.Bahaya woi bagi orang yang dah lama tak balik Malaysia drive.Insuran tak beli lagi....
“abang ni boleh ke bawa?”
“Aishah ni risau sangat apasal?Bukan abang tak pernah drive.”
“itu tahun bila punya?!”
Firas Huzaimi terus tersenyum.Dia nak lepas gian drive kereta.Lagipun benda yang dia nak buat lepas balik Malaysia ada list.Tapi dia nak rahsiakan semua. Seminit lepas tu,kereta mula meluncur sederhana laju di atas jalan raya.Aishah hanya diam lepas yakin Firas Huzaimi tak kan cederakan kereta kesayangannya itu.Hanya radio je yang kedengaran dalam kereta.

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you
Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light
I hate to turn up out of the blue, uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me, it isn't over

Aishah yang perasan muka Firas Huzaimi berubah bila mendengar lagu itu cepat-cepat menukar siaran.Adiella,gadis kelahiran Melaka telah berjaya mencuit hati abangnya suatu ketika dulu telah melukakan hatinya dengan mengahwini orang lain pada hal ketika itu mereka sedang asyik bercinta.Adiella memilih lelaki itu kerana lelaki itu serba serbi lebih.Firas Huzaimi ketika itu masih belajar di Melaka . Adiella sebenarnya tak mengetahui Firas Huzaimi lebih kaya sebab Firas Huzaimi tidak pernah menunjuk..Aishah masih ingat hari perkhahwinan Adiella.Dia datang menemani abangnya.Terkejut Adiella mengetahui Firas Huzaimi anak sulung kepada Tengku Yazid dan Tengku Shafikah.
“Sha ada dengar khabar dari dia?”
“ada tapi malas nak cakap pasal dia.Orang sakit hati bila mengenangkan apa yang -->

No comments:

Post a Comment