Tuesday, 24 April 2012

DIA DHATI KU

Sebelum menjemput abangnya,Firas Huzaimi di airport,Aishah singgah di hypermarket untuk membeli gravy sauce untuk masak lamb chop kegemaran kembarnya itu..Tengah leka membelek botol gravy sauce itu,entah pelusuk mana entah datang lelaki yang tak bertauliah terus mengambil botol sos gravy itu dari tangan Aishah.

"eh?tak ada sopan santun betullah..."

Aishah terus menepuk bahu lelaki tadi dengan kuat...

"Assalamualaikum,encik...."
"hurm..kau pun nak usha aku juga ke?"

Ya Rabbi!!!Perasannya lelaki di hadapannya ini...Ada ke patut cakap macam tu dekat tempat terbuka macam nie?Tahulah handsome tapi janganlah perasan sangat.

"saya bukan nak cari gaduh...tapi encik nie sungguh tak bertamadun betul..botol gravy sauce ini saya tengah pegang tadi...tak baiklah ambil dari tangan orang lain.."
"nak bersyarah pulak?apa susahnya..kau ambil yang lain..aku nak cepat..ke sebenarnya kau memang nak usha aku?aku kan handsome..kaya..."

Aishah terasa darah terus menyerbu ke muka..Lelaki ni memanglah...Bercakap bukan main kuat sampai semua orang pandang..

"encik ingat saya nak mengorat encik?!oh,please.tak pernah terlintas dalam hati saya nak mengorat lelaki yang tak tahu adab macam encik ni!Geli tahu tak?!"

Oleh sebab terlalu geram,botol gravy sauce dibuka dan terus dilumur pada muka lelaki tersebut...
Membulat terus mata lelaki itu merenung Aishah...Kurang ajar punya minah!!
"kau!!!"
"isyh,encik ni...pergi beli barang tak mandi ke?habis datang langau nanti.."

Aishah terus berlalu dengan senyuman..Gamaknya memang aku tak jadi buat lamb chop lah..
Murshid tetap memandang Aishah meskipun Aishah sudah jauh berjalan..Garang betu adik si Firas Huzaimi ni..aku cuma nak mengusik tapi habis dapat hadiah free..

"malang betul aku hari ni...buat lagi jahat dengan orang.."




BERSAMBUNG...















































No comments:

Post a comment