Tuesday 27 March 2012

FB CINTA KITA 3


"Hancur hati Anna,abang...bila nampak dia....hati Anna makin sakit....Anna tak boleh maafkan dia...."
Hairie memandu kereta dengan cermat meski pun hati dia nak meletup kerana marahkan fir.
"Kurang ajar betul!Berani mainkan perasaan adik aku!!'
Anna cepat-cepat mengelap pipinya yang basah dengan air mata dengan menggunakan tissue...Dah nak sampai rumah..Karang ummi tanya macam-macam pulak bila nampak aku menangis..
"Mulai hari ni,abang takkan benarkan budak tu dekat lagi dengan Anna...Abang akan cakap dengan ummi.."
"Abang,jangan..Ummi terlalu sayangkan dia macam anak sendiri...Lagi pun Anna tahu yang ummi masih mengharapkan kami bersama semula"
Hairie mengeluh berat.Adik,adik…Terlalu menjaga perasaan orang lain hingga perasaan sendiri tercalar...Ummi pun satu.Apa yang dia nampak dekat budak tu?Ramai lagi yang layak untuk Anna.
"Abang...tolong rahsiakan semua ni...Anna tak nak ummi susah hati,please?"
"abang cuba...Tapi buat masa nie je"
Anna mengangguk faham..Dia terus membuang pandang ke luar tingkap...'fir..kau yang mengajar aku tentang cinta tapi kenapa kau jugak yang membuat aku terluka...Apa salah aku?
"Anna,kita dah sampai...."
"Hurmmm...."
Anna terus melangkah ke kolam renang...Malam ni dia nak lepak tengok bulan...Satu benda yang dulu dia amat suka buat..Setiap kali dia merajuk dengan fir..Dia akan menikmati keindahan bulan berjam lamanya...Kebiasaan tu ditinggalkan terus sejak dia dengan fir break up..
'aku ke sini lagi bukan sebab aku rindu pada fir...Tapi aku datang sini untuk mulakan hidup baru tanpa dia...'
Lama anna merenung bulan yang semakin dilitupi awan tebal..Selamat tinggal kenangan....Selamat tinggal kedukaan...
Sebelum tidur,Annie sempat add orang dan berchatting dengan Maz,kawan dia waktu sekolah menengah dulu...
Maz dah kahwin.Nasib maz lagi menyedihkan,dia terpaksa korbankan cita-cita dan impiannya dengan mengahwini lelaki yang banyak menolong familynya dengan memberi pinjaman wang..
Oleh sebab family Maz tak mampu nak bayar,Maz dikorbankan...Nasib baik suaminya itu bertanggungjawab...
anna tertomot: anna rindu sangat-sangat dekat Maz..Insyaallah,kalau suami Maz izinkan,Anna nk datang melawat.
maz princess :nanti maz bagitahu suami..Apa-apa pun maz sms anna nanti..okeylah,anna..anak maz menangislah..
anna tertomot: ok,bye...

Annie terus terlelap sebaik saja dia meletakkan kepala di atas bantal..Penat sangat memasak dan menangis..Malam tu annie mimpi dia bersanding dengan seseorang...wajahnya kabur...
"sayang,kenapa tengok fik smpai macam tu skali?"
'fik?siapa dia ni?'
fik memengenggam tangan isterinya itu dengan penuh kasih sayang..Anna masih leka memerhatikan lelaki yang bernama fik tu...
"anna!!!!!"
"fir?apa you buat kat sini?"
"kenapa you kahwin dengan dia,anna?you tau I cintakan you!!!"
"saudara,dia isteri saya...."
Diorang bergelut dan entah macam mana pisau di tangan fir terbenam di perut anna....Ya Allah?!!!
"sayang,bangun sayang...jangan takutkan fik..."
anna terpinga-pinga bila pipinya ditampar kuat..Eh?ramainyer orang dalam bilik aku nie?apahal pulak?anna tergaru-garu kepala yang tak berapa nak gatal tu...baru bangun tidur..So,otak lembab sikit berfungsi.
"adik mimpi apa sampai terjerit-jerit?"
"anna mnjerit?"
"yelah,anna oii..kalau tak buat apa kami ramai-ramai ada dekat bilik kau ni....orang kerjalah besok..."
anna tersengih mendengar mendij membebel..Sahlah aku menjerit.....
"oitt,yang tersengih ni kenapa?Dah lah kacau orang tidur."
"sorry.Anna mimpi ngeri tadi...."lepas dapat penjelasan,nurul terus melangkah masuk ke dalam biliknya semula.
"anna mimpi apa,sayang?bagitahu ummi..."lembut je ummi bertanya...kak mendij memang tak ikut baka ummilah sebab asyik nak melenting je kerjanya..Macam manalah nanti bila dia dah ada anak.
"anna mimpi...err...Tak ada apalah,ummi...abang,akak..malam ni teman anna dekat sini.."
Hairie dan mendij mengangguk setuju...Mesti ada something yang anna nak bagitahu dekat dia orang ni...
"jangan lambat sangat tidur...ummi nak pergi tidur dulu..."

No comments:

Post a Comment