Monday 16 May 2016

Lara Semalam Ep 84


KEESOKAN paginya ketika Hazrill bangun dari tidur, Alisya sudah tiada di sisinya namun baju sudah tersedia bergantung di pintu almari. Menggelabah jugalah Hazrill mencari isteri dia. Tatkala dia melihat isterinya sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur barulah dia dapat menarik nafas lega.
Sayang…”
Hazrill terus memeluk pinggang isterinya ketika isterinya sedang sibuk menggoreng nasi. Dia sangkakan isterinya tinggalkan dia seorang diri di sini.
Morning, bee. Kenapa tak mandi lagi ni?”
Bee ingat sayang dah balik rumah abah.”
Suami Isya dekat sini, mestilah Isya ada dekat sini juga. Bee pergilah mandi. Kejap lagi kita boleh breakfast sekali.”
Alisya terus menyiapkan kerjanya yang tertangguh tadi. Kalau kakak iparnya bangun nanti bolehlah mereka breakfast terus. Apa lagi ya yang belum siap?
Mak ngah…”
Alisya menoleh ke arah Mikail yang berada jauh daripadanya sambil tersenyum. Si kecil itu masih takut-takut dengannya. Mungkin masih lagi tak biasa dengannya.
Iya, sayang?”
Pak ngah mana?”
Pak ngah tengah mandi. Mika dah lapar ke? Mak ngah baru siap masak ni.”
Melihat gelengan Mikail terus membuatkan Alisya tersenyum. Dia sedia maklum yang si kecil itu masih belum boleh menerima kehadirannya di dalam keluarga ini. Walaupun dah bermacam cara dia lakukan, si kecil itu tetap menjauhkan dirinya.
Mika, mak ngah nak cakap sikit boleh tak?”
Apa dia?”
Alisya masih lagi tersenyum sambil mengusap kepala Mikail dengan penuh kasih sayang. Sejak pertama kali dia melihat wajah Mikail ini dulu, dia sudah jatuh sayang. Sebab dia sayangkan Mikail, dia sanggup belikan haiwan peliharaan yang kini digelar si Comot ketika hari lahir Mikail beberapa bulan yang lepas meskipun dia takut dengan haiwan itu.
Mika tak suka mak ngah ke, sayang? Sedihnya mak ngah kalau macam tu.”
Mika bukan tak suka mak ngah tapi sejak pak ngah kahwin dengan mak ngah, pak ngah langsung dah tak ada masa untuk Mika. Pak ngah dah tak sayangkan Mika.”
Alisya tergelak kecil sambil mencubit pipi montel Mikail itu. Tak sangka pula dia yang si kecil ni cemburu melihat Hazrill rapat dengan dia. Rapat betul dia dengan Hazrill ya sampai tak nak orang lain manja-manja dengan pak ngahnya itu.
Bukan macam tulah, sayang. Pak ngah tu sayang sangat-sangat pada Mika. Mika tahu tak semalamkan, mak ngah dengan pak ngah baru balik dari overseas tapi disebabkan dia rindukan Mika yang comel ni, dia terus datang sini. Mak ngah pun sayangkan Mika. Mika jangan risau, lepas ni kalau pak ngah terlupa luangkan masa dengan Mika, mak ngah janji yang mak ngah akan bebel banyak-banyak pada pak ngah.”
Mikail mula tergelak-gelak tak lama lepas itu. Alisya akhirnya mampu menarik nafas lega bila melihat Mikail sudah mula berkawan dengannya.
Borak apa tu? Macam seronok sahaja…”
Eh, Kak Zita… tak ada borak apa-apa pun. Kak Zita nak makan ke? Isya dah siap memasak ni.”
Isya ni… kenapa tak rehat sahaja dekat bilik? Penat balik dari overseas pun tak hilang lagi… dah sibuk memasak dekat dapur ni.”
Alisya hanya tersengih sahaja mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Tak akanlah dia nak bangun lewat pula dekat rumah kakak iparnya itu? Tak sedaplah nanti kalau bangun lewat… nanti apa pula kata kakak iparnya itu.

SUDAH sejam Alisya, Hazrill dan Kak Zita berada di dalam rumah teres dua tingkat di lereng bukit. Entah rumah siapa yang mereka pergi ni, Alisya sendiri tak tahu… Hazrill pula awal-awal lagi menghilang ke tingkat atas rasanya dengan kakak iparnya.
Rumah siapa agaknya ni ya? Cantik…”
Siapa agaknya interior designer dia ya? Berkenan betul dengan hasil kerjanya. Dari gaya hasil kerjanya, orangnya sangat teliti. Kalau beli rumah nanti bolehlah minta tolong hiaskan rumah dia dengan Hazrill nanti.
Sayang… tengok apa tu sampai khusyuk sangat?”
Bee… terkejut Isya. Bee pergi mana tadi? Ingatkan dah tinggalkan Isya dekat sini…”
Bee ada sahaja dekat atas… bincang sesuatu dengan Kak Zita. Kalau tak ada aral melintang, mungkin hujung minggu ni dah boleh pindah masuk.”
Pindah masuk? Siapa yang nak pindah masuk? Ini salah satu rumah client Hazrill ke? Beruntungnya client suaminya itu dapat duduk di dalam rumah cantik macam ni.
Apa pendapat sayang tentang rumah ni?”
Rumah ni? Isya berkenan betul dengan hasil kerja ID dia. Siapa ID tu, bee? Teliti betul ya hasil kerjanya?”
ID? Sayang ni sengaja nak puji bee ke?”
Puji? Bee ke yang hias rumah ni?”
Bila melihat anggukan Hazrill, mulut Alisya terus terlopong. Dia jadi kelu untuk berkata-kata. Dia ingatkan ID mana entah yang hias rumah ni… tak sangka pula dia, suami dia sendiri.
Isya rasa ada apa-apa yang perlu ditukar tak?”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Semuanya dah cukup perfect dan tak ada apa-apa yang perlu ditukar ganti. Baginya rumah itu sudah lengkap serba serbi, tiada cacat cela langsung.
Kalau macam tu, hujung minggu ni bolehlah kita pindah masuk.”
Pindah masuk?”
Ya, pindah masuk… inilah rumah kita, sayang. Suka tak?”
Kata-kata Hazrill membuatkan mulut Alisya semakin melopong. Ya Allah, hari apa ke ni? Kenapa terlalu banyak kejutan yang dia terima hari ni? Adakah hari ni hari prank sedunia? Hari ni bukan April foolkan?
Rumah kita?”
HAZRILL yang sedang sibuk membuat kerja di pejabat tersenyum lebar ketika menerima pesanan ringkas dari isterinya. Pagi tadi kata ada meeting waktu sekarang ni tapi masih lagi sempat mencuri masa untuk mengacaunya? Macam-macamlah isterinya ini.
“Amboi, pengantin baru ni… masih lagi dalam mood honeymoon rupanya? Hurm, siapa suruh cuti sekejap sahaja? Kalau tak dapatlah peluk isteri lama-lama.”
Hazrill mengangkat wajahnya untuk melihat insan di hadapannya. Adiff rupanya yang datang mengganggu… apa agaknya yang dia nak ya? Nak mengusik aku lagi ke apa ni?
“Kau inikan, Adiff… dari hari aku masuk kerja sampai ke hari ni, kau masih tak berhenti mengusik akukan?”
Adiff hanya tertawa kecil sebelum menarik kerusi di hadapan Hazrill. Dia sebenarnya geram dengan kawan dia itu. Tak habis-habis bersms dengan isteri tercinta. Tahulah baru kahwin tapi tak akanlah nak sms sentiasa. Tak akan tak boleh berpisah sekejap and tak sms sekejap.
“Bila kau nak kenalkan aku dengan orang rumah kau? Teringin juga aku nak jumpa orang yang buat kau gila bayang and tak boleh berpisah sekejap?”
Hazrill tersenyum sambil merenung skrin handphonenya. Jujur dia cakap, dia terlalu rindukan isterinya walaupun baru sekejap sahaja mereka berpisah.
“Hari aku kahwin dulu siapa suruh kau pergi Taiwan? Kalau tak, kau dah boleh tengok bidadari hidup aku dah…”
“Aku hempuk juga kau ni. Kau yang dulu gatal-gatal fixkan tarikh tu untuk jumpa client dekat Taiwan tu.”
Hazrill menggaru dahinya perlahan. Terlupa pula sepatutnya dia yang pergi ke Taiwan itu dan Adiff yang terpaksa menggantikan dia ke sana kerana hari tersebut merupakan hari kahwinnya.
Sorry, aku terlupa pula pasal tu… hurm, apa kata kau datang hujung minggu ni? Aku ada buat makan-makan dekat rumah baru aku…”
“Hujung minggu ni? Hurm, inshaallah aku datang. Nanti apa-apa aku confirmkan balik dengan kau. Weh, Hazrill… kau tunggu apa lagi tu? Kitakan nak kena jumpa client kejap pukul sepuluh ni? Sekarang ni dah pukul sembilan setengah dah ni… nak gerak pukul berapa pula nanti?”
Hazrill terus memandang ke arah jam di pergelangan tangannya. Dah pukul sembilan lebih… cepatnya masa berlalu. Nanti nak ajak Alisya lunch sekalilah hari ni. Hurm, Alisya… rindunya.
“Lah, dah pukul sembilan setengah rupanya. Aku ingat baru pukul lapan lebih.”
Hazrill terus mengemas mejanya dan mengambil beberapa barang yang diperlukan untuk dibawa bersama. Adiff yang sejak dari tadi memerhatikan Hazrill hanya menggelengkan kepalanya melihat rakan sekerjanya itu. Mabuk cinta punya pasallah ni. Susah betul bila bekerja dengan orang yang tengah mabuk cinta ni.
“Mengarut sangatlah kau ni. Itulah kau ni, sibuk sangat bercinta dengan orang rumah kau sampai masa berjalan pun kau dah tak sedar. Orang lain pun ada isteri tapi tak macam kau ni. Dah teruk sangat aku tengok kau ni.”
Hazrill hanya tersenyum walaupun kena sound dengan kawan sekerjanya itu. Katakanlah apa sahaja, dia tak peduli kerana dia terlalu bahagia sekarang ni. Mungkin kalau lelaki itu tahu apa yang terpaksa ditempuhi oleh mereka, pasti lelaki itu tidak akan berkata sebegitu.
“Aku dengar salah seorang dari kita akan dipilih untuk pergi ke Sabah sebulan tau.”
Terus berubah wajah Hazrill tatkala mendengar kata-kata Adiff itu. Sabah? Kenapa salah seorang dari mereka berdua kena pergi ke Sabah? Ada apa dekat Sabah tu?
“Sebulan? Untuk apa?”
“Untuk pantau projek dekat sana sampai siaplah. Kan projek dekat sana ada problem and Hanafi yang uruskan projek tu dah berhenti.”
Sebulan? Macam mana kalau dia yang kena pergi ke Sabah? Tak akan dia nak tinggalkan Alisya seorang diri di sini? Tak sanggup dia nak menanggung rindu nanti.
“Aku tak kisah kalau aku yang terpilih untuk pergi ke sana. Aku risau kau yang kena pergi Sabah nanti.”
Hazrill terdiam buat seketika sebelum melangkah ke arah lif. Tak sanggup dia nak berpisah dengan Alisya nanti. Mahu dia ada selera langsung nak makan atau minum. Baru sahaja dengar khabar angin, terus hilang selera dia nak makan dengan Alisya lunch nanti.
“Aku baru sahaja cakap, muka dia dah macam orang mati bini. Belum tentu lagi kau yang kena pergi ke sana.”
Adiff menggelengkan kepalanya perlahan sambil membontoti langkah Hazrill. Baru sahaja khabar angin, dah macam orang tak betul dah Hazrill ni.

ALISYA yang baru sahaja pulang dari membeli barang dapur di Giant terasa pelik bila suaminya masih lagi tidak pulang ke rumah. Tadi sewaktu dia menghubungi suaminya ketika berada di Giant, katanya sudah di dalam perjalanan balik tapi tak akan tak sampai lagi?
“Ke mana pula suami aku ni pergi?”
Alisya terus menyusun barangan yang dibelinya tadi ke dalam cabinet dan peti ais. Sesekali matanya tertumpu ke arah jam dinding. Dah dekat pukul sembilan malam, tak akanlah ada kerja yang nak kena buat lagi?
“Mungkin dia ada kerja lagi kot, tu yang dia balik lambat. Think positive, Alisya. Kau kena percayakan suami kau.”
Handphonenya di dalam beg tangan segera dikeluarkan dan nombor Kak Sara didail. Sejak dia berkahwin dengan Hazrill, dia sudah jarang menghubungi kakaknya itu. Apa khabar wanita itu agaknya? Rindu pula pada si kecil itu.
Hello, assalamualaikum….”
Sekali lagi Alisya memandang ke arah jam dinding. Ke mana suami aku pergi ni? Tak akanlah lewat sangat dia balik? Banyak sangat ke kerja di pejabat itu? Kalau banyak sangat kerja, kenapa langsung tak call aku? Sekurang-kurangnya maklumkanlah pada aku.
“Wa’alaikumussalam. Hah, budak bertuah. Dah kahwin ni punyalah susah nak call akakkan? Apa cerita adik akak satu-satunya ini? Sihat ke? Dah pregnant ke?”
“Amboi, kak… baru sahaja Isya call akak dah serang dengan soalan maut ya? Isya okey sahaja and masih tak ada good news lagi. Isya sengaja call akak malam ni sebab rindu sangat-sangat dengan akak and baby.”
“Akak sihat sahaja, baby pun sama. Bila nak datang sini? Akak pun rindu sangat-sangat dengan kamu ni.”
Alisya menoleh ke arah pintu hadapan bila terdengar pintu grill dibuka. Dah balik dah suaminya? Ke manalah agaknya suaminya itu pergi?
“Inshaallah esok petang Isya singgah sana jenguk semua. Ibu dengan abah sihat? Isya nak call dia orang tapi takut ibu dengan abah dah tidur.”
Hazrill yang baru sahaja membuka stokingnya memandang ke arah isterinya yang sedang berbual di telefon sambil menyusun barangan ke dalam cabinet dapur, Mungkin isterinya baru sahaja pulang ke rumah kerana isterinya masih bertudung dan berpakaian kerja.
Baby apa cerita? Hantarlah gambar baru pada Isya. Rindu sangat-sangat dekat dia ni. Mesti makin montelkan?”
“Macam biasalah dia tu… kuat menyusu, mana tak debab?”
“Isyh, tak sabarnya nak jumpa dia. Kak Sara, boleh tak Kak Sara buatkan Isya cake yang Kak Sara selalu buat dulu tu? Terliur pula Isya bila teringat.”
“Hah, yalah. Esok pagi akak buatkan. Jangan tak jadi datang pula ya? Okeylah, Isya… si Mira ni menangis nak susu ni. Jumpa esok ya? Assalamualaikum.”
Alisya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Belum sempat dia menjawab salam, kakaknya itu sudah menamatkan panggilan. Macam dia pula yang call.
Bee nak air ke?”
“Hurm, boleh juga.”
Alisya terus meletakkan handphonenya di atas meja sebelum mengambilkan segelas air orange juice untuk suaminya. Walaupun hati dia meronta-ronta untuk mengetahui kenapa suaminya pulang lambat ke rumah, dia cuba menyabarkan hatinya agar tidak bertanya tentang hal itu.
“Hujung minggu ni kawan bee datang ke sini tau.”
“Kawan bee? Isya kenal ke?”
“Tak. Dulu waktu kita kahwin dia tak datang sebab ada dekat Taiwan. Hujung minggu ni bee ajak dia datang rumah kita. Tak menyusahkan sayangkan?”
Alisya hanya menggelengkan kepalanya sambil menyambung tugasnya mengemas dapur selepas menghulurkan segelas air pada suaminya. Sudah seminggu mereka pindah masuk ke dalam rumah Hazrill ini tapi mereka masih belum siap memunggah barang.
“Esok petang Isya nak balik rumah ibu sekejap ya? Dah lama sangat Isya tak jenguk mereka. Boleh tak, bee?”
“Esok petang? Sorry, bee tak boleh temankan sayang balik sanalah. Isya balik sendiri boleh tak?”
Berubah terus wajah Alisya mendengar penolakan suaminya itu. Apa yang membuatkan suaminya tidak boleh meluangkan sedikit sahaja masa untuk menemaninya? Sibuk sangat ke suaminya itu?
“Boleh sahaja tapi kenapa bee tak pergi sekali?”
Bee ada banyak kerja.”
Alisya hanya mampu memandang suaminya yang sudah memanjat tangga ke tingkat atas. Kerja apa yang penting sangat sampai tak boleh teman dia balik ke rumah orang tuanya untuk menjenguk mereka sekejap?
“Sabar, Alisya… sabar… mungkin dia betul-betul sibuk.”
Siap berkemas, Alisya memanjat tangga ke tingkat atas. Badannya sudah melekit dan dia sungguh tak selesa bila dalam keadaan sebegitu. Ketika dia menolak pintu bilik tidur mereka, Hazrill sudah lena tidur di atas katil.
Penat sangat ke suaminya sampai terus tidur dan langsung tak menunggunya? Dia mula terasa bila suaminya berkelakuan sebegitu. Sudahlah pulang lewat ke rumah hari ini dan tak boleh menemaninya esok petang. Sekarang pula dia tidur tanpa menunggunya?
Alisya terus mencapai towel dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi dan dia menangis semahunya di bawah pancutan air. Kenapa suaminya hari ini? Kenapa suaminya berubah?
“Aku ada buat salah ke?”

HAZRILL yang sedang sibuk berbual dengan Adiff sesekali melirikkan matanya ke arah isterinya yang sedang seronok berbual dengan bestienya. Terasa macam nak join sekali sahaja tapi apa yang nak disembangkan nanti? Mati kutu dia kalau duduk dalam kumpulan itu sekali… yang dibualkan mereka tentang beg tangan baru, jobs baru, shopping dekat mana dan lain-lain lagi.
“Patutlah kau hilang akal bila pergi office…”
“Maksud kau?”
“Yalah, siapa tak jadi gila kalau terpaksa berpisah dengan isteri macam isteri kau. Aku doakan kau dengan dia bahagia sampai ke anak cucu… bila nak bagi aku anak sedara ni?”
Hazrill menumbuk bahu Adiff perlahan. Lelaki ni tak habis-habis mengusiknya… dia baru sahaja kahwin dah tanya pasal anak sedara.
“Nak malu-malu kucing pula dengan aku… eh, bila nak kenalkan aku dengan isteri kau ni? Manalah tahu ada kawan-kawan dia tersangkut dengan aku?”
“Banyaklah kau… semua tu dah berpunya. Tudung pink tu dah nak kahwin hujung bulan ni… yang pakai baju biru tu dah selamat jadi isteri orang dah pun. Lagi seorang tu…”
“Eh, tu bukan model tu ke?”
Hazrill menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah Niessa. Hurm, tak sangka budak nerd waktu dekat kampus dulu akan jadi supermodel seperti sekarang. Kalau dulu, bila Niessa cakap nak jadi model… seorang pun tak percaya cakap dia. Sekarang ni bila dia dah jadi model, seorang pun tak percaya Niessa merupakan budak nerd dulu.
“Jomlah aku kenalkan kau dekat dia orang…”
Alisya yang sedang seronok berbual dengan bestienya menoleh bila bahunya disentuh. Senyuman terus terlakar di bibirnya sebaik sahaja melihat wajah suaminya. Bukan ke suaminya itu tengah berbual dengan officemate dia tadi?
“Sayang, ni bee nak kenalkan kawan bee dekat office. Diff, nilah wife aku…”
“Hai… saya Adiff. Sorrylah hari tu tak datang waktu wedding.”
“Hai, saya Alisya… it’s okay. Bee tak ajak kawan bee makan ke?”
“Saya baru selesai makan tadi… by the way, congrats ya?”
Niessa yang sejak dari tadi memandang officemate Adiff itu terus menundukkan kepalanya bila Alisya mencuit pinggangnya. Entah kenapa dia rasa tertarik dengan kawan Hazrill tu. Perasaan tu tak pernah ada waktu dia dengan Azmier dulu.
“Terima kasih ya, Adiff… kenalkan, ni kawan-kawan saya dengan Rill waktu dekat kampus dulu.”
Adiff memandang wajah Niessa dan Hazrill silih berganti. Mereka satu kampus? Kenapa Hazrill langsung tak beritahu aku apa-apa pasal dia? Dia bukannya tak tahu yang aku minat gila dekat Niessa ni.
“Satu kampus?”
“Ha’ah, kami semua satu kampus. Saya kenal Hazrill ni dekat kampuslah… macam mana saya kenal mereka semua ni, macam tu jugalah saya kenal suami saya ni.”
Adiff menganggukkan kepalanya perlahan. Hazrill tak pernah cerita pun pasal ni… pandai betul Hazrill simpan rahsia ya?
“Hah, alang-alang kita semua dah berkumpul dekat sini… Fieda nak jemput kau orang semua datang reunion kelas kita.”
Reunion?”
Fida menganggukkan kepalanya sambil menghulurkan kad undangan. Berbulan-bulan dia rancang reunion ini… harap-harap menjadilah. Dia dah rindu betul dekat kawan sekelas dia.
“Jangan tak datang pula ya? Aku jemput face to face ni.”
“Kalau aku free, aku confirm datang.”
“La, datanglah Niessa. Hari tu pun kau tak ada… Isya dengan Hazrill pun tak ada… kalau kau orang tak datang, aku mogok tak nak bercakap dengan kau orang setahun.”
Niessa dengan Alisya saling berbalas pandang. Ni yang susah bila mak cik seorang ni dah start mengugut. Bukannya mereka tak nak pergi, masalahnya mereka ada urusan ketika itu.
“Seminggu sahaja, Fieda? Akan difikirkan…”
“Niessa!”
“Ya… aku datang. Kalau ada job time tu, aku akan tolak demi kau. Isya, Rill… better kau orang pun datang. Nanti bising pula bakal mak buyung ni.”
Hazrill terus memandang ke arah Fieda. Bakal mak buyung? Kenapa Niessa panggil Fieda sebegitu? Fieda pregnant ke?
“Bakal mak buyung?”
Bee, kawan baik kita ni dah pregnant dua bulan dah.”
Oh, really? Congrats, Fieda… nampaknya yang, kita kena berusaha lebih sikit ni nak kejar Fieda.”
Alisya terus memukul bahu Hazrill perlahan. Tak malu betul cakap pasal hal tu dekat sini. Tak tahu ke dia dah naik segan dengan mereka yang mendengar.
Auch, sakitlah yang.”
“Siapa suruh mulut tak ada insuran, Rill. Kan dah kena penangan isteri tercinta.”
“Malaslah nak layan kau orang semua. Aku nak ke sana sekejap.”
Alisya terus bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke bawah khemah untuk bermain dengan si tembam Kak Sara itu dengan muka yang sudah merah padam. Suami dia ni memanglah. Buat malu dia sahajalah.
“Kak Sara, apa pasal tak duduk dekat dalam? Kesian baby kepanasan.”
“Akak tunggu Aidil makan dulu baru nak masuk ke dalam. Alang-alang Isya ada dekat sini, dukung sekejap si montel ni. Akak nak minum sekejap.”
“Biar Isya ambilkan air sekejap. Bambam, tunggu aunty okay?”

ALISYA tersenyum sambil memandang ke arah Niessa dan Adiff yang sedang berbual di bawah khemah itu. Mungkinkah officemate suaminya bakal menjadi pengganti Azmier di dalam hidup Niessa? Sejak Niessa memutuskan pertunangannya dengan Azmier, dia langsung tak pernah nak mendekati golongan itu.
“Sayang tengok apa?”
“Niessa… Isya rasakan, Niessa tu ada hati dengan kawan bee tulah. Tengoklah cara dia berbual berdua. Nampak sepadankan?”
“Ha’ah, sayang nak tahu tak yang Adiff tu minat betul dekat Niessa tu…”
“Hah? Betul ke?”
Hazrill menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah Niessa dan Adiff. Amboi, Adiff… baru first time jumpa dah mesra bukan main ya? Orang boleh salah faham tentang hubungan mereka berdua tu. Tapi bagus juga kalau Adiff dengan Niessa on… lagipun Niessa sekarang ni tengah singlekan? Tak ada sesiapa pun nak marah kalau Adiff nak masuk line.
“Adiff selalu cakap dengan bee yang kalau boleh dia nak cari isteri ala-ala macam Niessa tu…”
“Siapa tahu mereka berdua ada jodoh? Kita doakanlah yang terbaik untuk mereka.”
“Hurm, betul juga cakap sayang tu.”
Niessa dengan Adiff yang langsung tak sedar mereka diperhatikan dari jauh terus berbual berdua. Mungkin sebab Niessa rasa selesa bila berbual dengan Adiff, sebab tu mereka berdua boleh berbual dengan mesra tu.
“Alisya… I balik ya kejap lagi? Fahmi baru call, dia nak ajak I pergi cari barang kahwin.”
“Ala, cepatnya… Fahmi datang jemput you ke apa ni?”
“Ha’ah… kejap lagi dia sampai…”
“Ajak dia makan dulu… dah alang-alang datang sini, makan dulu.”
Azie terus menghantar pesanan ringkas pada tunangnya meminta pendapat tunangnya itu. Tak sampai hati pula dia nak menolak ajakan Alisya itu. Minta-mintalah tunang dia naklah makan sekejap.
“Dia datang dengan adik dia, Isya… tak apa ke?”
“Tak apalah… lagi ramai lagi bagus. Bolehlah I tengok tunang you macam mana orangnya ya?”
“Fahmi tu biasa-biasa sahaja, Isya… dia bukannya somebody.”
Alisya menepuk peha Azie perlahan. Sejak bila mereka memandang harta, pangkat atau darjat seseorang ni? Siapa pun pilihan Azie atau pun Niessa, Alisya sokong seratus peratus asalkan dia boleh jaga mereka. Tak kisahlah dia tu somebody or nobody ke… asalkan mereka happy, dia pun happy.
“Sejak bila harta, pangkat dan darjat jadi ukuran ni?”
Azie tersengih-sengih malu bila ditegur oleh Alisya. Entah kenapa, dia terasa macam pilihannya itu bukanlah someone yang layak digandingkan dengan suami Fieda or Alisya. Dia takut sangat yang mereka akan memandang rendah padanya atau pun pada Fahmi nanti.
“Azie, I tak kisahlah siapa pun pilihan you or Niessa… I akan sokong pilihan kau orang if orang tu boleh jaga dan membahagiakan kau orang sebaik yang mungkin.”

bersambung..

3 comments: