Thursday 17 March 2016

Lara Semalam Ep82

AKU terima nikahnya… Nur Aleeya Alisya binti Hariss dengan mas kahwin seribu ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz, Alisya sah bergelar isteri kepada lelaki itu. Sebenarnya dia langsung tak mengambil peduli pun majlis akad nikah itu. Bila ibu memeluknya barulah dia sedar yang dia sudah bergelar isteri orang.
“Tahniah, sayang…”
Ketika upacara membatalkan air sembahyang, semua yang berada di situ terkejut. Kenapa pengantin sudah bertukar? Pasangan suami isteri yang baru sahaja dinikahkan itu terkedu sebaik sahaja pandangan mereka bertaut.
“Isya?”
“Apa semua ni? Mana Eqal?”
Eqal muncul di celah-celah orang ramai. Dia melemparkan senyuman pada Alisya. Alisya nampak cantik berpakaian pengantin.
“I’m here, babe.”
Alisya terus merenung wajah Eqal dan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu dengan pandangan yang tajam. Mereka ingat pernikahan dia ni satu permainan ke?!
“Kak Zita, apa ni?”
Hazrill memandang wajah kakaknya meminta penjelasan. Sanggup mereka mempermainkan mereka berdua. Mata Hazrill terus membulat bila Kak Zita dengan selambanya datang menghampiri Alisya dan terus memeluk gadis tu diiringi dengan ucapan tahniah yang meniti di bibirnya.
Tak kisahlah apa yang kami dah buat… akhirnya rancangan kami nak satukan kalian berjaya juga.”
Waktu majlis persandingan Alisya dan Hazrill berlangsung, Azie boleh pula terserempak dengan Mummy Azmier di bawah khemah. Muka dia terus berubah menjadi pucat lesi dan senyumannya tadi terus hilang bila melihat jelingan tajam Mummy Azmier.
“Kau… macam mana kau ada dekat sini?”
“Datin… saya… saya…”
Niessa yang terperasan kehadiran mummy di majlis itu cepat-cepat menghampiri Azie. Macam mana mereka boleh terserempak di majlis ini? Bukan ke mummy kata yang dia tak dapat datang?
Mummy!”
“Niessa sayang… sorrylah mummy lambat.”
It’s okay, mummy kenalkan ni bestfriend Niessa since sekolah menengah.”
Mummy Azmier memandang wajah Niessa dan Azie silih berganti. Macam mana mereka boleh bersahabat? Waktu sekolah menengah bukan Niessa sekolah private ke? Jadi Azie ni bukan orang sebaranganlah ya? Aku dah salah fahamlah ni?
“Siapa nama kawan Niessa ni?”
“Sharifah Aziella binti Syed Hafizi, mummy.”
Ketika mendengar nama Azie, muka Mummy Azmier terus berubah. Sharifah Aziella? Mummy Azmier terus merenung wajah Azie yang sedang tertunduk memandang tanah.
“Sharifah?”
“Niessa, I nak pergi jumpa Fahmi sekejap.”
Mummy Azmier mengeluh perlahan melihat pemergian Azie. Tak sangka orang yang dia hina-hina selama ni, yang dia pandang rendah selama ni merupakan keturunan Sharifah.
Niessa memandang wajah keruh Mummy Azmier dengan perasaan yang bercampur baur antara sedih dan gembira. Dia gembira untuk Azie kerana nampaknya mummy tidak lagi membenci Azie dan dia sedih untuk dirinya kerana mummy macam menyesal tidak memilih Azie sebagai bakal menantu.
Mummy… mummy makanlah dulu ya? Niessa nak ke sana sekejap.”
Niessa terus melangkah masuk ke dalam rumah dan mengurungkan diri di dalam toilet buat seketika sambil membawa masuk beg make upnya sekali. Air mata yang ditahan sejak tadi mula tumpah. Hancur terus make upnya bila dia menangis.
Setengah jam kemudian ketika dia melangkah keluar dari toilet, dia terkejut melihat Azie berada di dalam bilik itu menantinya keluar dari toilet.
“Niessa, kenapa you buat macam tu?”
“Buat apa?”
“Jangan buat-buat tak tahu pula. You tahu apa yang I maksudkan… kenapa you buat macam tu?”
I hanya perkenalkan kawan I pada mummy. Tak akan itu pun salah?”
Azie mengeluh perlahan. Kenapa Niessa suka buat dia serba salah sebegini? Kenapa Niessa tak pernah nak faham yang dia dah mulakan hidup baru? Dia dah terima hakikat yang Azmier adalah jodoh Niessa.
“Perlu ke menyebut nama penuh I depan datin tu? I rasa tak perlukan? Ini kali terakhir I cakap pasal ni ya? I… dah tak ada apa-apa hubungan dengan Azmier lagi, antara kami tak ada apa-apa kaitan. Kalau you buat lagi macam ni, I takut I tak boleh nak teruskan persahabatan kita lagi.”

HAZRILL yang sejak dari tadi duduk bersendirian di halaman rumah mengeluh perlahan. Dia tak bodoh dalam menilai kasih sayang Eqal terhadap isterinya. Eqal sanggup korbankan cintanya demi menyatukan dia dan Alisya. Orang lain mungkin nampak Eqal tersenyum bahagia namun dia melihat hati Eqal merintih hiba.
Usai solat maghrib tadi, seluruh ahli keluarga yang terlibat dalam pemainan ini mula memberikan penjelasan. Dia menerima penjelasan mereka dengan hati yang terbuka sementara isterinya, menerima dengan linangan air mata. Mereka betul-betul terharu dengan apa yang keluarga mereka lakukan.
“Boleh aku duduk?”
Hazrill mengangkat kepalanya sebelum mengangguk lemah. Eqal? Apa yang dia buat dekat sini? Tadi bukan dia tengah seronok bersembang dengan Alisya dan sahabat baik Alisya ke?
“Duduklah…”
Eqal terus melabuhkan punggungnya di kerusi batu di halaman rumah mertua tak jadinya itu. Kelakar pula bila dia menyebut perkataan mertua tak jadi itu.
“Hurm, tahniah ya?”
Huluran tangan Eqal itu dibiarkan tidak bersambut. Hazrill memandang wajah Eqal yang sedang menyembunyikan kesedihnya dengan senyuman di bibir.
“Kenapa kau buat macam ni, Eqal? Aku tahu kau menderita.”
Eqal tersenyum hambar sebelum melepaskan keluhan berat. Dia lebih rela dia hidup menderita daripada Alisya menderita berkahwin dengan lelaki yang dia langsung tak cintai.
“Apa maksud kau?”
“Tak perlu berdolak dalik dengan aku, Eqal. Aku tahu kau cintakan Alisya. Kenapa kau serahkan dia pada aku jika kau cintakan dia?”
Eqal terus memaksa dirinya untuk senyum walaupun dia tahu betapa hambarnya senyuman dia ketika itu. Berkahwin dengan Alisya memang impiannya dari kecil tapi apa daya dia? Siapa dia nak menolak takdir?
“Untuk apa aku kahwin dengan dia kalau hanya aku sahaja yang mencintai dia? Aku tahu hidup dia akan menderita jika berkahwin dengan aku. Aku tahu cintanya hanya untuk kau dari dulu sampai sekarang.”
“Tapi kau menderita sekarang ni...”
Eqal terus mendongak sambil merenung bintang di langit. Kalau boleh dia sememangnya teringin sangat nak memperisterikan Alisya namun dia tak sanggup melihat Alisya menderita hidup dengannya. Lagipun dia sendiri tak dapat membahagiakan Alisya seperti mana yang Hazrill lakukan.
“Kau tahu, Alisya tu suka bercerita dengan aku tentang masalahnya. Dan, walaupun kita tak pernah jumpa, aku sebenarnya dah kenal kau melalui cerita-cerita Alisya. Hurm… dia nampak gembira tiap kali bercerita pasal kau. Aku rasa kau sangat beruntung, Hazrill. Kau beruntung sebab berjaya memiliki hati dia walhal aku... dari dulu aku cuba tarik perhatian dia tapi dia langsung tak nampak aku.”
Mendengar cerita Eqal itu, hati Hazrill diselubungi rasa simpati pada Eqal. Eqal sanggup berkorban hanya untuk melihat Alisya bahagia.
“Tapi…”
“Aku happy bila dia happy. Tolong jangan hancurkan kebahagiaan aku, Hazrill. Janji dengan aku yang kau akan jaga dia dengan baik. Lebih baik dari kami jaga. Satu sahaja yang kau kena ingat. Kalau kau berani-beraninya buat Alisya menangis lagi, kau akan berdepan dengan aku.”
“Aku janji aku akan jaga dia sebaik yang mungkin selagi aku masih bernyawa.”
Eqal mengangguk faham sambil tersenyum. Dia yakin yang Hazrill akan dapat menjaga Alisya sebaik yang mungkin dan dia percaya Alisya akan bahagia hidup dengan Hazrill.
“Kotakan janji kau, Hazrill. Aku paling tak suka orang yang berjanji tetapi mungkiri janjinya.”
“Inshaallah…”
Sebaik sahaja terperasan yang Alisya sedang menghampiri mereka, Eqal cepat-cepat tukar tajuk perbualan mereka.
“Borakkan apa? Dari jauh Isya nampak mcam serious sahaja. Ada projek besar ke?”
“Taklah, kami borakkan hal lelaki sahaja.”
Alisya memandang wajah suaminya dengan Eqal silih berganti. Apa agaknya yang mereka borakkan tadi?
“Eqal, sudah ke berbualnya? Mummy dah mengantuk ni.”
Eqal terus minta diri untuk pulang bila mummy memanggilnya. Selamat pengantin baru, Isya. Eqal doakan Isya bahagia dengan Hazrill. Mummy yang sedang berdiri di tepi kereta segera dihampiri. Dari wajah mummynya, dia tahu mummynya itu keletihan membantu menguruskan majlis petang tadi.
“Eqal okey tak ni?”
“Eqal okey, mum.”
Mummy merenung wajah anak bujangnya itu tidak percaya. Dia tahu bila anaknya itu menipunya. Walaupun di luar nampak dia gembira dan ceria namun di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa anaknya itu kecewa dengan pernikahan Alisya ini.
Are you sure? Mummy tahu Eqal terluka dengan semua benda ni. Sebab tu dulu mummy tak suka Eqal setuju dengan rancangan gila ni.”
Mum, please… Eqal tak akan kahwin dengan orang yang tak mencintai Eqal. Walaupun Eqal separuh jiwa mencintai dia, dia tetap nampak Hazrill. Mungkin dah tertulis bukan jodoh Eqal dengan dia. Lagipun Eqal tak terkilan sangat sebab kami habiskan banyak bersama.”
Eqal melemparkan senyuman pada semua ahli keluarganya padahal hati dia sedang menangis dan hanya mummynya yang tahu tentang hal itu. Alisya yang baru sahaja selesai menghantar Azie ke muka pintu terus bersalaman dengan Mummy Eqal dan mengucapkan terima kasih atas segalanya.
“Tadi borakkan apa dengan Eqal?”
“Tak ada yang penting pun. Kami bualkan hal lelaki.”
“Semua orang dah tunggu kita buka hadiah dekat dalam.”
Hazrill mengangguk dan terus berjalan beriringan dengan isterinya melangkah masuk ke dalam rumah mertuanya. Ruang tamu ibu sudah penuh dengan longgokan hadiah daripada sahabat handai, keluarga mereka dan juga daripada pekerja mereka sendiri. Nampaknya tak cukup tangan mereka nak buka semua hadiah itu malam ni.


bersambung...

1 comment: