Thursday, 25 February 2016

Lara Semalam Ep75

KEDATANGAN Hazrill di rumah keluarga angkat Alisya disambut baik oleh mereka. Mama melayan Hazrill seperti anaknya sendiri. Buat seketika, Hazrill terasa dia seakan-akan mempunyai sebuah keluarga yang lengkap.
“Rill tahu tak, dulu Isya ni paling tak suka memasak. Bila mama nak ajar dia masak, pandai betul dia mengelat. Macam-macam alasan dia bagi sampai mama malas nak ajar.”
Hazrill terus memandang wajah Alisya tidak percaya. Biar betul apa yang dia dengar ni? Alisya langsung tak suka nak memasak? Macam pelik sahaja. Kalau dilihat dari gaya Alisya ketika ini, macam pro sahaja…
“Ma, itu dululah. Sekarang ni Isya minat gila nak memasak.”
“Itu pun dah besar panjang baru tahu nak masak.”
Alisya hanya tersenyum. Mama ni sengaja buat dia malu di hadapan Hazrill. Yalah, selama ni Hazrill mana tahu dia tak pandai masak.
“Dulu Isya nak fokus pada study dulu. Bila dah habis belajar barulah boleh fokus pada bidang masakan pula.”
“Tengoklah tu Rill, menjawab sahaja kerjanya.”
Senyuman Alisya makin melebar ketika mendengar kata-kata mama sambil menghiris daging. Mama ni suka sangat malukan aku depan Hazrill. Mujur Hazrill merupakan kawan baiknya jika tidak, mana dia nak sorokkan muka?
“Ada apa-apa boleh Rill tolong?”
“Eh, tak apalah. Rill duduk sahaja teman mama.”
“Mama pergi naik solat. Tak apalah, Rill boleh tolong Isya masak kalau Isya nak...”
Hazrill terus membantu Alisya mengupas bawang tanpa perlu disuruh. Daripada pemerhatian Alisya, Hazrill ni selalu turun ke dapur sebab tengoklah cara dia mengupas bawang dan cara dia memegang pisau.
“Rill pandai masak ke?”
“Nak kata pandai sangat tu tak adalah. Setakat masak dua tiga lauk itu inshaallah boleh. Itu pun simple dish.”
Alisya terus memandang Hazrill tidak percaya. Biar betul apa yang dia dengar ni? Selama ini dia langsung tak tahu yang Hazrill boleh memasak. Untungnyalah siapa yang bakal jadi isteri Hazrill nanti.
“Tak sangka Rill pandai masak.”
Mama dan papa hanya tersenyum melihat Alisya dan Hazrill sibuk memasak. Masing-masing nampak serasi bersama. Mereka tahu Alisya dan Hazrill saling menyintai cuma mereka malas nak masuk campur. Siapa pun pilihan Alisya, mereka akan terima dengan hati yang terbuka cuma yang mereka kesalkan sekarang ni adalah Eqal terlalu muda untuk Alisya.
“Saya peliklah, abang. Kenapa Isya pilih Eqal yang muda lima tahun daripada dia sedangkan dia dengan Hazrill saling menyintai?”
“Entahlah, yang. Abang sendiri pun rasa pelik. Mungkin mereka tak ada jodoh.”
Mama mengeluh sambil memandang Hazrill dan Alisya yang langsung tak menyedari kehadiran mereka di hadapan pintu dapur. Dia sayangkan Hazrill dan Alisya dan dia sudah anggap mereka tu seperti anaknya sendiri. Hatinya sakit bila melihat mereka begitu.
“Awak fikirkan apa tu?”
Mama menoleh ke arah suaminya sambil tersenyum. Jujur dia cakap, dia lagi suka tengok Alisya kahwin dengan Hazrill dan bukan Eqal. Eqal langsung tak sesuai untuk Alisya. Eqal tu masih mentah lagi.
“Saya teringin sangat nak tengok mereka berdua naik pelamin.”
“Bukan awak seorang sahaja.”

USAI makan, Alisya terus masukkan nasi goreng daging merah ke dalam bekas. Bekas itu akan dihantar ke rumah Iskandar untuk mereka sekeluarga jamah. Risau betul dia bila fikirkan pasal Iskandar dan anak-anaknya. Takut betul dia kalau mereka belum makan lagi.
“Dah siap bungkus ke?”
Alisya terus menoleh ke muka pintu dapur sambil mengurut dadanya. Mama ni suka sangat buat dia terkejut. Kalaulah dia ada penyakit lemah jantung, ‘jalan’ terus agaknya.
“Dah… mama nak ikut sekali ke?”
Mama menggelengkan kepalanya perlahan. Ikutkan hati, mahu sahaja dia ikut Alisya dan Hazrill bertandang ke rumah Iskandar namun dia perlu menunggu suaminya pulang terlebih dahulu.
“Tak apalah… mama kena tunggu papa balik dulu. Kirim salam pada keluarga arwah ya?”
“Kalau macam tu Isya gerak dululah ya?”
Alisya terus menyalami tangan mama sambil menjinjit plastic berisi makanan tu. Hazrill yang sudah sedia menunggu di ruang tamu terus bangun dan melangkah menuju ke kereta.
Sorry lambat. Isya sembang dengan mama sekejap.”
 “Tak apa. Ini sahajakan yang nak dibawa? Dah tak ada tinggal apa-apakan?”
Alisya terus menggelengkan kepalanya laju. Muffin semua dia dah letak dalam bekas. Rasanya tak ada apa lagi yang tertinggal.
“Sebelum pergi rumah Is, boleh tak singgahkan pekan sekejap? Isya nak beli something untuk budak-budak tu and barang dapur untuk Is sikit.”
“Isya… boleh Rill tanya sesuatu?”
“Tanyalah, kalau Isya boleh jawab… Isya jawab.”
Hazrill terus fokus pada pemanduannya sebelum melepaskan keluhan berat. Entah kenapa hati dia tetap juga nak tahu apa hubungan Alisya dengan Iskandar sebelum ini walhal dia dengan Alisya bukannya ada apa-apa hubungan lagi. Dari gaya mereka berdua, Iskandar macam pernah ada hati dengan Alisya.
“Isya dengan Iskandar dulu ada apa-apa ke?”
“Kenapa Rill tiba-tba tanya soalan macam ni?”
Hazrill hanya mendiamkan diri sebelum menoleh ke arah Alisya. Macam mana dia nak cakap dengan Alisya ya? Dia tak tahu nak beritahu macam mana… persoalan ni sangat mengganggu sanubarinya.
“Rill sengaja nak tahu… tak salahkan?”
“Kiaah lama, Rill... benda dah lama berlalu, Isya malas nak buka buku lama.”
Hazrill hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Walaupun dia langsung tak berpuas hati dengan jawapan Alisya itu, dia bertindak untuk mendiamkan dirinya sahaja. Dia tak ada hak untuk bertanya tentang hubungan Alisya dengan Iskandar dnegan lebih lanjut.

ISKANDAR terkejut bila melihat Alisya keluar dari kereta di halaman rumahnya. Bukan ke dia nak balik KL hari ni? Tak jadi balik ke?
            “Assalamualaikum…”
            “Wa’alaikumussalam. Tadi kata nak balik KL?”
            Alisya menggelengkan kepalanya dengan senyuman yang terlakar di bibir. Hurm, sesekali turun kampung memang tak sahlah jika tidak bermalam di rumah keluarga angkatnya itu. Lagipun dia tak akan melepaskan peluang untuk berlama-lamaan di kampung.
            “Tak jadilah, Isya nak spend time dekat rumah mama. Kalau Is free jemputlah datang rumah mama ya? Oh ya, tadi mama kirim salam pada Is.”
            “Wa’alaikumussalam.”
            Alisya terus menghulur plastik berisi makanan itu pada Iskandar sambil matanya memandang ke arah anak-anak Nana yang sedang gembira bermain dengan Hazrill.
            “Apa ni?”
            “Isya ada masak sikit. Is makanlah ya dengan anak-anak.”
            Berubah terus muka Iskandar tatkala melihat apa yang berada di dalam bekas makanan itu. Namun dia cepat-cepat mengaburi mata Alisya dengan senyuman di bibirnya.
            “Thanks, Isya.”
            “Jamahlah ya walaupun sikit.”
            Iskandar hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Nasi goreng daging merah… makanan kegemarannya dan isteri. Ya Allah, dia terasa macam Nana masih ada lagi di sisinya sedangkan jasad Nana sudah terbaring kaku di bawah tanah.
            “Is, Is okey tak ni?”
            “Is okey sahaja, Isya.”
            “Nanti kalau Is kerja, budak-budak siapa yang jaga?”
            Iskandar membuang pandang ke arah anak-anaknya. Dia langsung tak pernah terfikirkan hal itu. Yalah, selama ini Nana yang berada di rumah menjaga anak-anaknya. Makan pakai mereka, semuanya Nana yang uruskan.
            “Mungkin Is minta tolong jiran sebelah. Nak minta tolong nenek, dua-dua nenek dah tiada.”
            “Is nak Isya tolong cari pengasuh?”
            Iskandar menggelengkan kepalanya perlahan. Buat masa ini kewangan keluarganya belum stabil lagi untuk mengambil seorang pengasuh. Kalau dia mengambil pengasuh dalam keadaan sekarang, semua benda perlu dicatu nanti. Kesian anak-anaknya jika semuanya perlu dicatu.
            “Entahlah, Isya. Is belum fikir lagi tentang itu. Isya, kalau Is kena pergi outstation, Is nak tumpangkan budak-budak dekat rumah Isya boleh?”
            Alisya menganggukkan kepalanya laju. Dia dengan senang hati mahu membela anak-anak arwah dan Iskandar itu. Kalau boleh dia nak terus membela budak-budak itu tapi Iskandar membantah.
            “Boleh sahaja. Isya lagi suka kalau budak-budak tu duduk dengan Isya. At least Isya ada kawan nanti dekat rumah tu nanti.”
            “Terima kasih, Isya.”
            “Tak perlu berterima kasih, Is. Kitakan kawan?”
            Terlalu banyak jasa Alisya padanya dan arwah isterinya. Selama ini Alisya sentiasa membantu keluarganya tanpa apa-apa rungutan. Dulu, kos rawatan mata arwah isterinya, Alisya sendiri yang tanggung seratus peratus. Bila mereka mahu membayar semula, Alisya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Tak ada sekali pun Alisya minta balasan. Semua itu dilakukan atas dasar sahabat.
            “Is, ni ada barang dapur sikit… bulan ni Is tak payahlah penat-penat pergi pasar untuk beli barang dapur.”
            “Isya, kenapa susah-susah buat semua ni?”
            “Isya dah janji dengan arwah, Is. Please, tolong terima.”
            Hazrill yang sejak dari tadi memerhatikan Alisya dengan Iskandar hanya mendiamkan diri di satu sudut rumah. Entah kenapa, hati dia kuat mengatakan antara Alisya dengan Iskandar… ada something. Mungkin ke Alisya dengan Iskandar dulu pernah bercinta? Sebab tu ke Nana minta Alisya kahwin dengan Iskandar?

bersambung...

No comments:

Post a comment