SAMPAI sahaja di tepi
kereta, Alisya menangis semahu-mahunya. Dia tak mampu nak menahan sebaknya lagi
sebaik sahaja memandang wajah kedua-dua anak kecil itu.
“Isya,
Isya okey tak? Kalau tak okey, kita postpone
balik esok sahaja.”
“Tak
apa, kita balik hari ni sahaja.”
“Hurm,
macam tu kita gerak sekarang.”
Alisya
langsung tak menoleh ke arah rumah Iskandar ketika kereta Hazrill mula
meningalkan kawasan perumahan itu. Dia terasa seolah-olah Nana masih ada di
rumah itu. Teringat lambaian terakhir daripada Nana beberapa minggu lepas. Sesungguhnya,
dia sangat-sangat rindukan saat itu.
“Isya
okey tak ni?”
“Hurm,
Isya okey sahaja.”
Handphonenya
yang berdering dipandang sekali lalu. Dari semalam Eqal call dia tapi tak ada satu pun yang diangkatnya. Dia perlukan masa
untuk menenangkan dirinya.
“Kenapa
tak angkat?”
“Nantilah
sampai KL Isya call dia. Sekarang ni
Isya tak ada mood nak bercakap dengan
dia.”
“Tak
baik Isya buat dia macam tu.”
Alisya
terus memandang wajah Hazrill yang sedang tenang memandu. Apa maksud lelaki itu?
Dia dah buat apa sampai Hazrill cakap macam tu? Dia hanya mahu menenangkan
dirinya sahaja.
“Apa
maksud Hazrill?”
“Dia
risaukan Isya tu. Sekurang-kurangnya kalau tak nak angkat sekalipun, hantarlah
satu mesej beritahu dia.”
Baru
sahaja Alisya nak bertanya tentang Naufal pada Hazrill, handphonenya berdering sekali lagi. Patut ke aku angkat? Tapi
masalahnya aku memang tak ada mood
nak cakap dengan dia.
“Hello, assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam,
Isya. Kenapa tak angkat call Eqal
dari semalam? Isya tahu tak Eqal risau separuh nak mati bila Eqal call Isya langsung tak angkat. Isya
balik bila? Mummy dah keluar dari
hospital dan dia nak jumpa Isya. Eqal sampai tak tahu nak cakap apa pada mummy bila Isya langsung tak angkat call. Apa benda yang penting sangat
sampai Isya rushing balik kampung? Semua
persiapan pertunangan Isya tinggalkan semata-mata nak balik kampung. Bila Eqal call tak berangkat. Isya, majlis
pertunangan kita lusa tahu tak? Isya jangan main-main.”
Alisya
melepaskan keluhan berat sebaik Eqal mula membebel memarahinya. Setelah apa
yang dilaluinya hari ni… dia terasa tiada semangat lagi nak meneruskan
rancangan perkahwinan ini.
“Eqal,
Nana dah meninggal dunia.”
Eqal
terus terdiam sebaik sahaja mendengar kata-kata Alisya. Jadi, Alisya pulang ke
kampung bukan sebab nak lari dari dia. Ya Allah, dia dah salah faham dengan
Alisya.
“Isya,
maafkan Eqal.”
“Isya
nak bersendirian buat sementara waktu. Apa-apa nanti Isya beritahu.”
Alisya
terus menamatkan perbualan tanpa sempat Eqal mengatakan sesuatu. Dia perlukan
masa untuk bersendirian. Salah dia ke kalau dia tinggalkan semua benda tu untuk
jumpa arwah buat kali yang terakhir?
“Rill,
Isya nak singgah Mac Donald sekejap
boleh?”
“Hurm...”
Fahamlah
Hazrill bahawa Alisya tak okey kalau dalam keadaan macam ni dia nak pergi Mcd. Seperti selalunya, Alisya
melepaskan kesedihan dan kegeramannya dengan makan ice cream Mcd dan fries
sebanyak-banyaknya.
“Rill,
awak balik KL dulu ya? Isya nak spend time
sehari lagi dekat rumah mama.”
“Habis
awak nak balik macam mana?”
“Isya
ada tinggal kereta dekat rumah mama. Isya tak nak susahkan awak teman Isya
lama-lama dekat kampung ni.”
“No, Isya. Isya datang dengan Rill. So, balik nanti dengan Rill juga.”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak mahu nanti sanak saudaranya salah
faham dengan hubungannya dengan Hazrill. Lagipun dia tak naklah orang fikir dia
curang pada Eqal.
“Tak
apa, Rill. Isya cuma nak tenangkan fikiran. Lagipun Isya akan balik juga esok.”
“Rill
boleh temankan. Setakat nak ambil cuti sehari sahaja lagi tak jadi masalah.”
“Suka
hati Rill lah.”
Alisya
terus menghubungi mama ketika Hazrill masuk ke dalam Mcd untuk membeli makanan kegemarannya. Lebih baik dia beritahu mama
awal-awal. Nanti tak adalah mama terkejut dia balik dengan Hazrill dan bukannya
dengan Eqal.
“Ma,
Isya ni.”
“Hah,
Isya. Ada apa call mama ni? Risau mama
tak datanglah tu. Esok pagi mama dengan papa geraklah ke sana.”
“Bukan,
ma. Isya ada dekat kampung ni. Kawan Isya meninggal pagi tadi. Isya nak tidur
rumah mama malam ni boleh?”
“Lah,
kenapa nak tanya-tanya lagi? Rumah mamakan rumah Isya juga.”
Alisya
mendiamkan dirinya buat seketika. Macam mana ya aku nak beritahu mama tentang
Hazrill ya? Mama marahkan aku tak sebab balik kampung dengan bekas kekasih dan
bukannya bakal tunang sendiri?
“Hurm,
ma...”
“Ya?”
“Isya
bukan balik dengan Eqal.”
“Isya
balik seorang ke? Bahayanya. Kenapa tak ajak Sara dengan Aidil teman Isya?”
Isya
mengeluh perlahan. Agak-agak apa reaksi mama kalau aku beritahu yang aku balik
dengan Hazrill nanti? Mama marah aku ke tak nanti?
“Bukan,
ma. Isya balik dengan Hazrill. Kak Sara dengan Aidil ikut ibu dengan abah pergi
meeting. Mummy Eqalkan masuk wad
sebab kena serangan jantung.”
Bila
mama mendiamkan diri, Alisya mula merasa cemas. Ya Allah, mama marah dekat aku
ke? Aku ni pun satu kenapa aku mesti call
Hazrill dan minta pertolongan dia? Kenapalah waktu tu aku tak fikir panjang ya?
“Ma,
mama marah Isya ke?”
“Tak,
sayang. Mama cuma terkejut bila dengar nama Hazrill. Eqal tahu tak yang Isya
balik dengan Hazrill?”
Bila
mendengar mama berkata sebegitu barulah Alisya mampu menarik nafas lega. Takut
betul dia jika mama marahkan dia. Mujurlah mama sporting sahaja orangnya… kalau tak mahu juga dia balik KL sekarang
juga.
“Tak,
ma. Isya tak nak bebankan dia. Tapi Isya beritahu Kak Sara. Mungkin Kak Sara
dah beritahu ibu dengan abah.”
“Hurm,
kalau macam tu tak apalah. Ajaklah Hazrill tidur rumah mama. Dia tak pernah
datang lagikan rumah mama?”
Alisya
akhirnya dapat menarik nafas lega tatkala mendengar kata-kata mama.
Alhamdulillah, mama tak marahkan aku… tapi macam mana pula reaksi papa? Rasanya
papa okey sahaja kot?
“Kalau
macam tu kejap lagi kami gerak datang rumah mama ya?”
“Isya
ada nak makan apa-apa tak? Mama boleh masakkan.”
“Tak
apa, mama. Kali ni biar Isya yang masak apa yang mama nak makan. Mama nak makan
apa?”
Mama
tergelak kecil mendengar kata-kata anaknya itu. Isya boleh memasak? Ajaib betul.
Tapi apa salahnya kalau anaknya itu nak masakkan untuknya. Teringin juga dia
nak makan.
“Petang
ni mama terasa macam nak makan nasi goreng daging merah. Boleh tak?”
“Nasi
goreng daging merah? Okey, sebelum datang rumah mama kami singgah Giant sekejap nak beli barang untuk
masak.”
“Oh,
ya. Mama nak minta tolong belikan brownies
boleh?”
“Boleh,
nanti Isya belikan. Mama, nanti kita sambung sembang dekat rumahlah ya? Hazrill
dah sampai.”
“Okey,
jumpa nanti. Assalamualaikum.”
“Wa’alaikumussalam.”
Hazrill
terus menghulurkan beg kertas berisi fries
dan burger untuk Alisya sebaik sahaja
dia melangkah masuk ke dalam kereta. Dia tahu yang Alisya tak makan dari pagi
tadi… sebab tu dia beli banyak sikit hari ni.
“Isya
dah call mama. Mama ajak Rill tidur
dekat rumah.”
“Inshaallah.”
“Rill,
kita singgah sekejap dekat Giant
boleh tak? Isya nak beli barang untuk masak.”
“Oh,
nak masak apa?”
Alisya
mengeluarkan buku kecil di dalam handbagnya
dan terus menulis barang-barang yang diperlukan. Takut nanti dia tertinggal
membeli sesuatu bahan.
“Isya
nak masak nasi goreng daging merah. Mama teringin nak makan petang ni.”
“Rill
tak tahu pun Isya pandai masak.”
“Kawan-kawan
arwah Nana yang ajar Isya. Hurm...”
Hazrill
mengangguk faham. Tak sangka lepas Alisya bakal jadi milik orang lain baru dia
dapat merasa masakan air tangan Alisya sendiri. Tak apalah, sekurang-kurangnya…
tak lah dia kempunan nak merasa air tangan Alisya.
“Ramai
pula orang dekat Giant ya hari ni?”
“Biasalah
tu. Giant dekat sini memang macam ni.”
Lepas
mendapatkan barangan yang diperlukan, Alisya dan Hazrill terus melangkah masuk
ke dalam kedai cake untuk mendapatkan
brownies yang dipesan oleh mama.
“So, Isya nak apa-apa lagi tak?”
“Itu
sahaja cukup. Malam ni Isya nak buat muffin…
Rill suka makan muffin tak?”
“Suka,
Isya pandai buat ke?”
“Tu
satu-satunya benda yang saya tahu buat dulu.”
Hazrill
mengangguk faham. Tak sangka dia sebenarnya tak tahu banyak lagi perkara pasal
Alisya sedangkan usia perkenalannya dengan Alisya sudah bertahun-tahun.
“Tak
sabar pula Rill nak makan bila tahu Isya yang nak masak.”
Alisya
tergelak kecil mendengar kata-kata Hazrill itu. Sungguh, dia rasa betul-betul
terhibur dengan Hazrill.
“Rill
ada nak makan apa-apa ke? Kalau nak, nanti Isya masakkan.”
“Nasi
goreng daging merah pun dah cukup buat Rill. Nanti Rill tolong Isya masak ya?”
“Betul
ni?”
“Betullah.
Kenapa tak percaya?”
Alisya
hanya mengangkat bahunya sambil tergelak kecil. Jarang ada lelaki nak masuk
dapur. Eqal pun tak tergolong dalam golongan lelaki yang sanggup masuk dapur
tolong apa yang patut. Tolong beli barang dia sukalah sebab dia hantu shopping tak kisahlah shopping apa pun.
“Ada
nak singgah mana-mana lagi tak ni?”
Alisya
menggelengkan kepalanya perlahan. Entah kenapa dia tiba-tiba risaukan keadaan
Iskandar dan anak-anaknya. Agaknya apa yang mereka sedang lakukan sekarang ni? Dah
makan ke belum budak-budak tu? Dah dimandikan ke belum?
“Kenapa
ni? Tiba-tiba sahaja muram.”
“Isya
risaukan keadaan Is dengan budak-budak tu. Dah makan ke mereka?”
“Isya
jangan risau. Is ada dengan merekakan?”
“Nanti
kita hantar makanan dekat rumah dia ya?”
Alisya
mengangguk laju. Sebenarnya dia masih lagi memikirkan permintaan arwah yang
sampai saat ini dia tak mampu nak tunaikan. Permintaan itu terlalu payah untuk
ditunaikan. Dia janji dia akan carikan calon isteri yang terbaik untuk Iskandar.
“Isya harap sangat yang Is akan
jumpa pengganti arwah.”
“Rill pun harap macam tu. Kesian
Iskandar nak uruskan anak-anak dan kerjanya seorang diri.”
“Isya nak sahaja bawa mereka tinggal
dengan Isya tapi Is tak nak berjauhan dengan mereka… Isya harap mereka
baik-baik sahaja.”
Alisya merenung rantai tangan yang
terletak cantik di tangannya itu. Nana, Isya akan membantu anak-anak Nana
selagi Isya terdaya. Isya tak akan biarkan mereka terbiar tanpa kasih sayang
seorang ibu…
“Susah saya nak percaya yang arwah
dah tak ada lagi.”
“Rill pun rasa macam tu. Arwah pergi
dalam usia yang muda. Minta-minta Iskandar dapat mengharungi semua ini dengan
tabah.”
“Isya rasakan Isya nak carikan
pengasuh untuk anak-anak Is… at least, Is tak perlu susah-susah nak
uruskan anaknya dan kerjanya.”
bersambung...
No comments:
Post a Comment