Monday 25 January 2016

Lara Semalam EP69

SEPERTI yang dijanjikan, mereka tiba di butik pengantin tepat jam tiga. Eqal dan mummynya sudah sedia menunggu mereka di sana. Kak Sara perasan yang Alisya selalu termenung ketika berada di butik pengantin. Semua keputusan dan pemilihan baju dibuat dan dipersetujui antara Mummy Eqal dan ibu. Sepanjang berada di butik, Eqal sibuk bersoal jawab di telefon atas urusan kerja sementara orang lain yang sibuk uruskan hal baju kahwin dan baju tunangnya.
Aidil, awak perasan tak tadi?”
Perasan apa?”
Sara rasa Eqal tu macam betul-betul cintakan Isya.”
Mengarutlah sayang ni. Isya anggap Eqal tu macam adik dia sahaja.”
Aidil terus mencapai buku motivasi kegemarannya tak lama lepas itu. Siapa pun pilihan Alisya nanti sama ada Hazrill atau Eqal, dia tetap akan sokong keputusan Alisya itu. Asalkan Alisya bahagia, itu sudah cukup buat dia.
Aidil dengar tak apa yang Sara cakap ni?”
Sayang, Aidil dengar apa yang Sara cakap cuma Aidil rasa kita tak boleh masuk campur urusan Alisya. Aidil ni hanya ipar dia sahaja, mana boleh masuk campur dalam hidup dia.”
Aidil inikan...”
Daripada Sara kusut kepala fikirkan pasal adik Sara tu, baik Sara fikir kandungan Sara. Susu yang Aidil buat tu tak nak minum ke? Karang sejuk dah tak sedap.”
Akur dengan kata-kata suaminya, Sara mencapai gelas yang berisi susu di tepi katil. Bab ni yang dia paling malas. Aidil bukannya tak tahu yang dia tak suka minum susu. Tapi gemar betul suaminya itu memaksa dia minum.
Minum sikit-sikit. Sara jangan nak mengelat ya?”
Tak sukalah minum susu. Aidil ni suka paksa-paksa Sara.”
Sara tahukan Aidil pun tak suka paksa Sara buat something yang Sara tak suka tapi ni semua demi kandungan Sara… anak kita.”
Kak Sara minum juga walaupun dia terasa nak muntah sebaik sahaja terhidu bau susu tersebut. Namun demi kebaikan kandungannya, dia tahan sahaja rasa nak muntah tu dan minum sehingga habis. Kalau dia muntah, Aidil akan buat semula susu tersebut dan memaksa dia untuk minum lagi.
Hah, macam inilah isteri Aidil.”
Kak Sara hanya tersenyum bangga mendengar kata-kata suaminya. Setakat susu segelas macam tu dia tak kisahlah nak minum kalau ada suaminya di sisi.
Dahlah, sayang. Dah larut malam ni, esok nak kena bangun awal.”
Hurm, Sara tu jangan lambat sangat tidur.”

KETIKA semua penghuni yang lain di rumah banglo dua tingkat itu sedang nyenyak tidur, Alisya masih terkebil-kebil di hadapan televisyen dalam biliknya. Bilik tidurnya sudah seperti tongkang pecah, penuh dengan barang-barang hantaran. Baju tunang yang terhampar di atas katil dipandang sekali lalu sahaja. Langsung tiada timbul niat untuk membelek baju itu seperti yang pernah dia buat ketika majlis pertunangannya dengan Aidil dulu.
Betul ke apa yang kau buat ni, Alisya?”
Tanpa disedari, Alisya mengeluh perlahan. Kenapa susah sangat nak buang cinta Hazrill dari hati aku? Kalau dulu, terlalu mudah untuk dia buang semua kenangan dia dengan Aidil tapi kenapa tidak sekarang?
Handphone yang dicampak di atas katil selepas balik dari membeli barangan tadi dicapai dan dibelek tanpa minat. Entah apa yang dia buat dia sendiri tak tahu. Dari tadi dia hanya membuka dan menutup phonebooknya sahaja.
Isya, boleh abah masuk?”
Masuklah, abah. Pintu tak kunci.”
Ketika abah melangkah masuk ke dalam bilik anak bongsunya, dia hanya menggelengkan kepalanya melihat betapa berseleraknya bilik Alisya. Ini mesti kerja isterinya sebab setahu dia, Alisya akan memastikan biliknya dalam keadaan teratur dan tersusun setiap masa.
Kenapa anak abah ni tak tidur lagi?”
Tak mengantuklah, abah. Tadi waktu dekat spa, Isya dah tidur puas-puas.”
Cakap pasal pergi spa, seronok ke pergi?”
Seronok? Isya rasa lebih baik Isya pergi panjat gunung ke apa. Lagi menyeronokkan… lagipun lepas pergi spa, badan Isya jadi sakit-sakit. Abah tahukan Isya tak suka kena urut bagai.”
Abah tergelak kecil mendengar rungutan anak bongsunya itu. Dia sendiri pelik dengan isterinya itu, perlu ke nak buat urutan dekat spa tu? Bertunang sahajakan? Bukannya nikah sampai perlu buat semua tu.
Nak buat macam manakan? Kamu sendiri tahu perangai ibu tu macam mana.”
Jawapannya layankan sahajalah.”
Makin kuat abah ketawa sebaik sahaja mendengar jawapan anaknya. Ya, isterinya memang tidak boleh dibantah kata-katanya. Jika A kata dia… A lah jawapannya jadi janganlah berani nak tukar jadi B.
Isya… satu sahaja nasihat abah untuk kamu. Dah jadi isteri orang nanti Isya kena dengar cakap suami… kalau nak buat apa-apa pun fikir suami dulu…”
Baik, abah... inshaallah Isya akan ingat kata-kata abah tu.”
Alisya terus memeluk abah dengan hati yang sebak. Ya Allah, sudah acap kali aku kecewakan hati abah dan ibu. Tak pernah sekali pun aku menggembirakan hati mereka. Berdosanya aku pada orang tua aku sendiri.
Abah, Isya nak minta maaf.”
Minta maaf? Kenapa?”
Isya dah banyak sakitkan hati ibu dengan abah. Selama ni Isya tak henti-henti menyusahkan ibu dengan abah. Isya ni memang anak tak gunakan? Isya minta maaf, abah.”
Abah mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum. Sayu hatinya mendengar kata-kata anaknya itu. Dia tak pernah menganggap anaknya itu satu beban buatnya.
Sayang… siapa cakap anak abah ni tak guna? Dengar betul-betul apa yang abah nak cakap ni. Isya bukan anak yang tak guna. Isya anak abah yang paling abah banggakan. Anak abah ni anak yang paling boleh diharapkan dan dibangga-banggakan. Isya ni anak kesayangan abah tahu tak?”
Makin tersedu Alisya dibuatnya selepas mendengar kata-kata abahnya. Ya Allah, kalau boleh dia nak duduk dengan abah dan ibu sampai bila-bila. Tak apalah kalau dia tak kahwin sekali pun…
Isya sayang abah sangat-sangat.”
“Abah pun sayang sangat dekat anak abah ni… abah rasa macam baru semalam Isya tidur dalam pangkuan abah. Tak sangka pula anak abah ni dah nak jadi isteri orang tak lama lagi… macam cepat sangat masa berlalukan?”
Alisya menganggukkan kepalanya sambil mengeratkan lagi pelukannya. Terasa macam baru semalam dia habis sekolah... terasa macam nak balik semula ke zaman dia masih bersekolah lagi.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment