Tuesday 16 October 2012

Benci ke Rindu??



Atas desakan family,Munif terpaksa menikahi Adda Eiykeysha untuk menyelamatkan syarikat keluarganya yang hampir muflis.Dia bukan saja terpaksa menikahi wanita yang tidak dicintainya tapi dia terpaksa tinggal di bawah satu bumbung dengan musuh zaman Jepunnya itu.

Aduh,mama dengan papa ni.Tak ada ke orang lain yang nak dijadikan menantu?Kenapa mesti minah hantu tu yang jadi pilihan?Biarpun nak paksa aku kahwin,carilah yang menepati cita rasa aku.Ni tak,perempuan bertudung litup tu jugak yang dia orang nak.

Adda Eiykeysha yang berdiri di balkoni menjeling musuh ketatnya itu.Macam manalah aku tak siasat dulu siapa anak Dato' Haikal dengan Datin Salwa sebelum aku terima pinangan tu?Kalau tak,tak adanya aku terkahwin dengan hantu ni.

Perangai siapa yang dia ikut hah?Dato' Haikal dengan Datin Salwa elok je aku tengok.Mesra dengan semua orang,baik hati dan tak lokek dengan senyuman.Si hantu ni pulak,dahlah sombong,ego,belagak macho,senang cerita semua perangai dia aku tak berkenan.Argh,tak kisahlah semua tu,yang aku kisah sekarang ni mesti hidup aku jadi huru-hara lepas ni.

"Oii,kau..Aku nak keluar ni.Ada nak apa-apa?"
"Nak keluar,keluar jelah.Buat apa bagitahu aku?Bukannya aku nak tahu pun.By the way,aku ada nama..Adda Eiykeysha binti Tengku Nazdmi.A.D.D.A. E.I.Y.K.E.Y.S.H.A.."
"Aku tahulah nama kau apa..Kalau tak nama siapa yang aku sebut masa akad nikah tadi?Nama hantu?"

Sabar jelah aku dengan mamat depan mata aku ni.Kalau tak mengenangkan dia suami aku,dah lama aku campak dia dari balkoni ni.Aku terus menarik pintu gelongsor dan terus mengunci diri di luar bilik.Nak cari ketenangan pun susah dekat rumah ni.

"Eh,perempuan ni..Aku tanya elok-elok kau sombong eh?"

Munif terus melangkah keluar menuruni tangga.Nampaknya tiada tanda-tanda peperangan antara kami akan berakhir meskipun kami sudah bergelar suami isteri.

"Haisyh,tak amanlah hidup kami lepas ni.."

Keriuhan masih terasa di rumah banglo dua tingkat ni walaupun majlis sudah berakhir petang tadi.Dari balkoni,aku nampak wajah mertuaku kelihatan sangat-sangat gembira.Gembira betul dia dengan perkahwinan ni.

Aku merenung langit yang gelap.Tiada sebutir bintang pun kelihatan,bulan pun tak mahu menunjukkan wajah.Mungkin nak hujan malam ni.Tak bahaya ke Munif nak keluar?Arghh,buat apa aku kisah pasal dia?

"Adda,kenapa duduk seorang dekat atas tu?Marilah turun.."
"Sekejap,mama.."

Lepas melihat cermin sekali lalu,aku terus menuruni tangga sambil tersenyum.Tak kisahlah kau sengsara dengan perkahwinan ni,asalkan menggembirakan hati orang lain.Tak salah menggembirakan orang lain kan?
"Mama.."
"Hah,dah turun pun..Datin,nilah menantu I tu.."
"Manis orangnya..Memang sepadan dengan Munif."
"Adda,ni kawan baik mama,Datin Seri.Dia ada butik dekat Damansara."
"Kalau kamu free,datanglah butik aunty.."
"Insyaallah,aunty.Nanti saya datang dengan abang.."

Abang?Huhu,walaupun geli dengar aku sebut perkataan abang,aku terpaksa jugak.Tak nak nak panggil nama pulak?Nanti apa pulak kata dia orang pulak kalau aku tak panggil abang?

"Oh,ye..Sebut pasal Munif,kenapa Adda tak ikut Munif keluar sekali jumpa kawan-kawan dia?"
"Tak naklah Adda ikut abang lepak dengan kawan-kawan dia.Baik Adda teman mama dekat sini kan?"
"Amboi,Sal..Sayang betul menantu you pada you.Kalaulah aunty kenal Adda dulu,dah lama aunty pinangkan Adda dengan anak aunty.."

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Datin Seri.No comment!Datin Seri ni pun agak-agaklah cakap tu,karang naya je sebab ni je persahabatan dia dengan mak mertua aku hancur..

"Adda nak ke sana kejap.."

Aku terus menghampiri adik iparku yang duduk keseorangan di tepi kolam renang.Kenapa Salmi duduk sorang-sorang dekat sini.

"Hai,Mi..Boleh akak join?"
"Eh,akak..Jomlah join kita.Kita pun tengah tak ada kawan."
"Kenapa Mi duduk sorang-sorang?Kawan tak datang ke?"
"Kita tak ada kawanlah dekat sini,kak.Abang mana?"
"Abang Mi tu mana nak lekat dekat rumah.Dia pergi jumpa kawan-kawan dia.Mi tak tahu ke?"
"Abang memang macam tu..Kenapa akak tak ikut abang?"
"Malaslah akak.Nanti mesti semuanya lelaki dekat sana.Kalau akak ikut mesti akak mati kutu lepas tu ajak abang awak balik sini cepat-cepat."

Dekat sejam jugak aku berbual dengan Salmi.Banyak juga maklumat tentang Munif yang aku perolehi dari Salmi.Lepas ni aku nak korek dari mama pulak sebab mama lebih tahu tentang Munif daripada Salmi.

BERSAMBUNG..


7 comments:

  1. Boleh tahan, baru nak panask bdn dah bersambung plak. :)

    ReplyDelete
  2. ala bersambung ni yang tak best mana taw ko ada hal dah lama tunggu huauauauauauaua sob3 sedih pew pun nak kongsi tips kat awk nah 4 perkara kita perlu tahu tentang kesihatan. harap dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,sy akn cbe post smbungnnya secepat mngkin...jgn sedih2 ok...trima ksih kongsi tip yg brguna untk sy..

      Delete
    2. ADA SAMBUNGAN..XJUMPA CARI SAMBUNGANNYA

      Delete
  3. Klo tk reti nk continue cerita jgn publish la org bca sangkut smpai situ je ckp nk sambung smpai thun ni tk sambung

    ReplyDelete