Monday 28 September 2020

Ms Talkative vs Mr Introvert 2

 

Meliya menyinggul pinggang Aien yang sedang mengambil angin di balkoni. Sejak Tokmie nak mengenalkan Aien dengan anak kawannya, makin senyap pula minah seorang ni. Minah ni ada masalah apa agaknya ya?

"Ieen, kau kenapa sebenarnya? Nak kata kau sedih sebab aku nak kahwin, mengarutlahkan? Meh, story dengan aku meh."

"Tak ada apalah, aku cuma letih sikit je."

"Kau ingat aku budak sekolah ke yang boleh kena tipu dengan kau? Aku ni Meliyalah... sekilas Ieen dalam air, aku tahulah kau ni jantan ke betina."

Aien menjentik dahi Meliya sambil tergelak kecil. Masalah budak seorang ni... hancur bahasa dibuatnya. Haih, macam ni ke gaya nak jadi bini orang esok ni? Nasib kaulah Taufiq dapat bini macam si Meliya ni...

"Ke kau betul-betul sedih sebab aku nak kahwin?"

"Hoi, makcik... kau kahwin je. Bukannya kau pergi pindah pluto ke apa. Buat apa aku nak sedih pasal kau nak kahwin. Bukannya lepas ni aku tak boleh jumpa kau pun. Setakat Penang tu... tak sampai satu hari aku dah sampailah kalau aku teringin sangat nak tengok muka kau."

"Haha, manalah tahukan... dah tua-tua ni tetiba emosi terlebih pulak."

"Kau teringin nak kena tolak dari balkoni tak agak-agak? Kurang asam jawa sungguh kau cakap aku tua. Kau dengan aku sebaya okayyy?"

"Oh ya... kau tak berminat ke nak berkenalan dengan anak kawan Tokmie tu? Aku tengok boleh tahan juga orangnya. Tapi handsome lagi Taufiq aku."

Aien mencebik bila mendengar pujian Meliya. Ah, perempuan... kalau dah angau, muka macam tongkang pecah pun dilabel handsome. Tunggulah dah duduk serumah nanti, handsome ke tak perangainya.

"Mulalah tu angaunya."

"Eh, betullah apa aku cakap. Taufiq tu dahlah handsome, baik, caring... senang cerita Mr. Perfect akulah."

"Huh, naik kembang tekak aku dengar kau puji dia melambung-lambung. Bila tok kadi nak sampai ni, tak sanggup dah aku nak tengok kau angau macam ni."

"Jealousla tu.."

"Tak kuasa aihh... banyak lagi benda lain aku boleh buat."

Orang kampung dan sanak saudara yang sedang sibuk di bawah khemah dipandang lama. Dia betul-betul harap Ieen akan berjumpa dengan jodoh yang tepat tak lama lagi. Sekurang-kurangnya gadis itu tidak lagi sunyi kalau dia tak ada lepas ni.

"Yang kau nak tayang muka sedih depan aku ni dah kenapa pula, Eya?"

"Ieen, kau tak nak kahwin ke?"

"Siapa tak nak kahwin, Eya oii... semua orang nak kahwin tapi jodohnya tengah sesat lagi. Nak buat macam mana."

"Kau tak kan tak ada minat dekat sesiapa selama ni? Nak aku tolong tak?"

"Sejak bila kau jadi PA Tokmie ni? Baik kau cakap, berapa banyak Tokmie upah kau ni?"

"Kenyanglah perut aku setahun."

"Dasar perempuan tak boleh dipercaya."

 

 

to be continue...


No comments:

Post a Comment