Saturday 26 September 2020

Ms Talkative vs Mr Introvert 1



Aien menongkat dagunya bosan sambil mendengar saudara maranya berbual tentang tunangan Meliya. Kalau bukan sebab Tokmie, memang jangan harap nampak batang hidungnya dekat situ. Kalau boleh dia memang tak nak datang tapi ugutan Tokmie kelmarin membuatkan dia terpaksa mengheretkan kakinya ke rumah itu.

"Hei, Ieen... sejak bila jadi pendiam ni? Ada tikus bawa lari suara kau ke? Ke kau lupa bawa mulut kau hari ni?"

"Kau ni Meliya, tak payah nak jadi kura-kura boleh tak?"

"Eh, ada suaralah..."

Meliya tergelak kecil sambil memeluk lengan saudaranya itu. Dia bukannya tak tahu apa yang membuatkan wajah saudaranya itu monyok sejak tiba di rumahnya pagi tadi. Ini mesti kerja Tokmie ni. Apa pula agaknya rancangan nakal Tokmie kali ni?

"Hei... janganlah monyok macam ni. Hari ni hari bahagia aku tau."

"Hari bahagia kau... hari penuh penderitaan buat aku, Eya."

"Siapa yang buat kau bad mood ni. Meh, story dengan aku meh."

"Kau tahu tak, Eya... gara-gara kau gatal nak kahwin sebelum habis belajar, aku terpaksa tadah telinga dengar soalan pedas makcik-makcik kita tu. So, secara tak langsung kaulah yang bersalah buat aku bad mood hari ni."

Meliya terus menjentik dahi Aien perlahan. Kurang asam jawa punya saudara. Boleh dia label aku gatal nak kahwin? Sebenarnya dia pun pernah mengalami apa yang gadis itu alami ketika saudara mereka, Noorul nikah sebaik sahaja tamat SPM. Waktu itu Aien terselamat kerana masih melanjutkan pengajiannya di luar negara.

"Eh kau ni... suka hati je main kepala orang. Aku bayar zakat okey."

"Kau ingat kau seorang sahaja bayar zakat? Aku pun bayarlah. Relaxlah, Ieen. Dia orang tu cuma risaukan kau sahaja. Yalah, dalam family kita sahaja yang paling tua. Bila aku dah bertunang, tu yang dia orang bising tanya tu ni dekat kau. Layankan sahajalah mereka tu."

"Aku layankan sahajalah ni. Kalau tak, dah lama aku angkat kaki."

"Tapikan, Ieen... aku tertanya-tanya juga. Kenapa sampai sekarang kau tak ada boyfriend eh? Kau memilih sangat ke macam mana? Dekat UK dulu tu tak ada ke mamat bermata biru yang tersangkut dekat kau? Nak kata kau tak cantik... hurm, kurang sikit cantik dari aku."

"Eh, perempuan ni... sempat lagi perasan ya?"

"Serious weh... aku tertanya-tanya sampai sekarang. Ke kau ni.... bengkok?"

"Weh, mangkuk...aku luruslah. Mulut kau ni kan Eya, aku risau ada juga yang sanding esok pagi mulut berjahit."

Tokmie yang sedang berbual dengan tetamu menoleh ke arah cucu-cucunya bila mendengar suara cucunya ketawa terbahak-bahak. Apalah yang budak berdua ni bualkan sampai tak kisah orang lain yang memandang. Apalah nak jadi dengan cucu-cucu aku ni? 

"Amboi, bakal pengantin. Seronok ketawa? Sembangkan apa tu?"

"Sorry, Tokmie. Eya saja mengusik si Ieen ni."

"Ieen, Eya... ke mari. Tokmie nak kenalkan dengan kawan Tokmie ni."

Aien dan Meliya berbalas pandang sebelum Aien melepaskan keluhan berat. Hurm, Tokmie dah mula dah kerja dia nak mencari jodoh untuk dia. Ini semua salah Meliya. Langkah terus diatur menghampiri Tokmie dengan wajah yang cuba dimaniskan.

"Sara, inilah cucu kami yang paling tua. Ni Eya, bakal pengantin yang nak sanding esok tu... ni pula Ieen."

"Amboi, cantiknya cucu kamu. Beruntung kamu. Yang seorang dah berpunya, yang Ieen ni dah berpunya ke?"

Aien mula nak membuat mukanya namun wajahnya terus dimaniskan tatkala melihat jegilan mata Tokmie. Dia dah mula dah. Drama dah nak start dah. Meliya yang tersengih-sengih macam kerang busuk di tepinya dicubit geram. Semua salah budak ni. Gatal sangat nak kahwin!

"Ieen ni solo lagi, aunty... Dia sibuk sangat dengan kerja, tak sempat nak berdating-dating ni."

"Lah, ya ke... kalau kamu nak anak bujang aunty masih single lagi. Aunty boleh kenalkan pada kamu."

"Anak bujang kamu yang mana ni, Sara? Bukan Haikal dah bertunang ke?"

"Bukan si Haikal. Anak bujang kami yang lagi seorang tu yang belajar dekat UK dulu tu. Sekarang ni dia dah balik Malaysia dah."

"Si Ieen ni pun dulu belajar dekat UK juga dulu. Dekat UCLkan, Ieen? Anak kamu dekat mana?"

"Samalah. Mungkin Ieen kenal kot dengan Abel."

 Ah, sudah. Siapa pula anak makcik seorang ni? Dekat sana bukannya ramai sangat pun orang Malaysia. Tolonglah, Malaysia ni bukannya kecil sangat. Janganlah anak makcik ni antara orang-orang yang dia kenal. Kalau boleh dia tak nak ada kaitan dengan siapa yang satu batch dengan dia di UCL dulu. Tolonglah, dia nak lupakan memori pahit yang dia kena reject satu ketika dahulu di sana.

"Kalau Ieen berminat aunty boleh kenalkan dengan Ieen. Siapa tahu ada jodoh?"

"Err..."

"Aunty tak ada gambar si Abel tu ke? Mana tahu kot-kot si Ieen ni kenal."

"Haah, aunty lupa pula nak tunjuk gambar dia."

Aien menjegilkan matanya pada Meliya namun gadis itu langsung tidak mempedulikan dia. Minah ni kan...memang suka cari pasal dengan dia. Sabar, Aien... sabar. Kejap lagi kita balas balik okey. Jangan cari pasal depan tetamu. Jaga air muka Tokmie.

"Hah, ni dia..."

"Segak budaknya... Hah, Ieen. Cuba tengok gambar si Abel ni."

Tatkala handphone bertukar tangan, Aien terasa seperti mahu pitam sebaik sahaja melihat siapakah gerangan Abel yang disebut-sebutkan itu. Tak mungkin. Dia salah tengok ke? Nabel Farhan?!

"Aien, Maktok panggil..."

"Err, Ieen minta diri dulu ya? Nanti kita borak lagi."

Aien terus sepantas kilat berjalan meninggalkan ruang tamu. Kenapa dalam banyak-banyak orang di dunia ni, anak makcik tu mesti Nabel Farhan? Kenapa mesti lelaki itu? 


to be continue....

No comments:

Post a Comment