Saturday, 5 March 2016

Lara Semalam Ep77


SELEPAS menyarung sepasang baju kebaya berwarna cream ke badan, Alisya terpaksa menahan rasa rimas dengan berus make up pula. Ya Allah, rasa macam tak bernafas pula. Selalunya dia hanya akan pakai bedak asas, sedikit lip gloss dan sedikit eye liner sahaja sebelum keluar. Sesungguhnya dia tidak meminati solekan penuh.
“Isya, cuba jangan bergerak-gerak. Kalau macam ni sampai esok pun tak siap.”
Rimaslah, make up simple, simple sahajalah, Niessa.”
No way, I tak akan buat simple, simple sahaja. Kawan I bertunang, of course I nak yang terbaik.”
Alisya mengeluh bosan dan akhirnya dia bekerjasama dengan Niessa. Dia cuba menahan rasa rimasnya dengan berus make up yang menari-nari di wajahnya. Janganlah Niessa make up dia macam opera cina pula. Mahu lari pula rombongan lelaki yang datang untuk meminangnya nanti.
So, Niessa… bila nak kenalkan tunang tersayang pada kami? Nak juga berkenalan dengan dia.”
Sekarang ni dia busylah…”
Niessa mula tersipu-sipu malu bila Azie menyoalnya tentang tunang tersayang. Yalah, masing-masing teruja mahu berkenalan dengan tunang sahabat mereka sendiri. Waktu Niessa bertunang dulu, dia hanya bertunang senyap-senyap tanpa maklumkan pada mereka.
Tunang you tu kerja apa? You tak pernah cerita apa-apa pun pasal tunang you tu.”
Dia ada business sendiri…”
Masing-masing hanya mengangguk mendengar cerita Niessa itu. Untungnya Niessa, bakal suami dia adalah usahawan muda.
So, mana kenal dia?”
Apa nama dia?”
Berapa umur dia?”
Niessa tergelak kecil sebaik sahaja mendengar pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari mulut kawan baiknya itu. Tak sempat dia nak tarik nafas mereka dah tanya soalan lain pula.
Amboi, tanya satu-satulah…”
Cepatlah jawab soalan kami…”
Okey, family kami yang kenalkan kami… umur dia sebaya kita and nama dia Azmier.”
Alisya, Fieda dan Azie terus berbalas pandang. Azmier? Tak akan Azmier yang mereka tengah fikirkan ini?
Dia ada business apa?”
Dia jual kereta mewah… tak silap I dekat Bangsar.”
Alisya terus memandang wajah Azie. Tak akanlah lelaki yang bergelar tunangan Niessa tu adalah orang yang sama yang menjadi tunangan Azie?
Ada gambar dia tak? Nak tengok boleh?”
Niessa mengangguk dan terus keluarkan handphonenya. Tanpa disedari Niessa, Azie mengeluh perlahan sebaik sahaja melihat siapa gerangan Azmier tu.
Boleh tahan orangnya…”
Eh, kejap. Dia calllah.”
Lepas Niessa berjalan ke balkoni, Alisya terus memandang wajah Azie meminta penjelasan. Kenapa Niessa boleh bertunang dengan Azmier sedangkan Azmier tu bakal suami Azie.
Azie, apa ni?”
Azie, tu bukan bakal suami kau ke?
Azie mengangguk kemudian dia menggelengkan kepalanya. Dia keliru sekarang ini. Kenapa tunang dia bertunang dengan sahabat baiknya? Macam mana mereka boleh bertunang?
I… I tak tahu, Isya. I pun rasa pelik bila tengok gambar dia tadi.”
Hei, kau orang cakap pasal apa ni?”
Belum sempat Azie mengatakan sesuatu, handphone dia pula berdering. Dia, Alisya dan Fieda dah boleh agak siapa yang call tu.
Azie, kenapa tak angkat?”
Nombor sesat.”
Alisya terus memandang Fieda. Macam mana dua orang kawan baiknya boleh berkongsi kasih dengan lelaki yang sama? Apa dah jadi dah ni? Mereka tak sangka Azmier sanggup buat macam ni pada kawan-kawan mereka.
Kenapa tunang you call?”
Oh, dia nak datang sini katanya.”
Berubah terus muka Azie mendengar kata-kata Niessa itu. Dia nak datang? Ya Allah, dia takut dia tak dapat kawal perasaan dia bila nampak muka Azmier tu. Azmier, kenapa kau buat aku macam ni?
Jadi dia datanglah ni?”
Ha’ah. Dia dah nak dekat sampai.”
Alisya terus memandang Azie yang sudah mahu menangis. Ya Allah, kesiannya pada Azie. Dia dengan Azmier dah lama bertunang. Tak sangka Azmier ni orang yang macam tu.
Dia dah sampai. I turun sekejap ya?”
Hurm…”
Lepas Niessa keluar dari bilik Alisya, Azie menangis semahu-mahunya di dalam pelukan Alisya. Alisya dah tak tahu nak cakap apa bila melihat keadaan Azie. Niessa tu kawan baik dia dan Azie pun kawan baik dia.
Isya, I sanggup kehilangan dia tapi I tak sanggup kehilangan kawan baik I.”
Sabar, Azie. I yakin Allah dah tetapkan jodoh yang lagi baik untuk you. Setakat lelaki hidung belang tu, you tak rugi apalah kalau you tak kahwin dengan dia.”
I… I sayangkan dia… I sayangkan Niessa. Ya Allah…”
Sabar, Azie… sabar.”
Fieda yang baru sahaja dapat pesanan ringkas daripada Niessa mengeluh perlahan. Niessa nak memperkenalkan tunangnya pada mereka semua.
Kenapa, Fieda?”
Dia dah nak naik kenalkan jantan hidung belang tu pada kita.”
Azie makin teresak-esak menangis bila dengar kata-kata Fieda itu. Ya Allah, apa yang patut dia buat? Dia terlalu sayangkan kedua-duanya.
Sabar, Azie… sabar. Jom, I touch up balik muka you ni.”
Fieda dengan Azie terus menghilangkan diri dalam toilet. Sampai hati Azmier buat Azie macam ni. Kalau dah tak suka, kenapa tak dilepaskan?
Mana Azie dengan Fieda, Isya?”
Pergi touch up… dia orang pun pengapit Ikan?”
Bee, kenapa tak masuk?”
Ketika Azmier melangkah masuk ke dalam bilik Alisya, dia terpaku melihat kecantikan kawan baik tunangnya itu. Alisya yang perasan Azmier asyik merenung ke arahnya hanya buat tak kisah. Dia yakin Azmier tak kenal dia sebab mereka hanya berjumpa sekali sahaja. Itu pun secara kebetulan ketika Azmier berdating dengan Azie.
“Azmier…”

Alisya, bestfriend Niessa.”
Alisya cepat-cepat menarik tangannya kembali bila Azmier mula meramas-ramas tangannya. Huh, dasar jantan hidung belang!
Oh ya, kenalkan ni lagi dua orang kawan baik kami. Azie and Fieda…”
Ketika Azmier menoleh ke belakang, dia terkejut sebaik sahaja terpandang wajah Azie yang berdiri di sebelah Fieda. Azie? Macam mana Niessa boleh berkawan dengan tunangnya?
Hai, I Azie…”
Az... Azmier.”
Azie dengan Fieda terus melabuhkan punggung mereka di sebelah Alisya. Azmier yang masih lagi terkejut hanya memandang Azie tak berkelip. Macam mana mereka boleh berkawan?
Bee, boleh tolong tak? Ambilkan gambar kami berempat.”
Boleh sahaja.”
Ketika Niessa melangkah ke dalam toilet, Alisya terus memandang Azmier dengan perasaan geram dan begitu juga Fieda.
Kau jangan ingat aku tak kenal kau, Azmier. Aku dah lama kenal kau. Kenapa kau permainkan hati kawan-kawan aku?”
Lakonan apa yang kau tengah lakonkan ni, Azmier?”
Azie… I…”
Azie menggelengkan kepalanya perlahan. Cukuplah selama ini dia tertipu dengan sejuta alasan lelaki itu. Dia dah tak larat untuk mendengarnya lagi.
Cukuplah reka sejuta alasan untuk selamatkan diri awak, Azmier. Hati saya dah hancur.”
Azmier mengeluh perlahan. Tak sangka semua rahsia dia terbongkar di hadapan Azie hari ni. Dia tak sanggup nak lepaskan kedua-duanya kerana dia terlalu sayang mereka.
Saya nak… awak jaga Niessa baik-baik. Kalau saya tahu awak lukakan hati dia, saya tak akan biarkan awak hidup senang.”
Alisya dan Fieda saling berpandangan bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Azie. Ya Allah, Azie sanggup mengundurkan diri demi Niessa?
Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi lepas ni. Saya restu hubungan kau orang berdua…”
Azie… kenapa you…”
I nak Niessa happy.”
Azie cepat-cepat memintas kata-kata Alisya. Dia sanggup buat apa sahaja demi sahabatnya. Jika hal yang sama terjadi pada Alisya atau Fieda, dia akan buat benda yang sama kerana dia lebih sayangkan persahabatan mereka daripada lelaki.
But, I sayangkan you…”
Azie menggelengkan kepalanya laju. Sayang Azmier bukan untuk dia tapi untuk Niessa. Niessa yang baru sahaja keluar dari toilet terpinga-pinga melihat wajah kelat Alisya dan Fieda dan wajah tunangnya yang sedih. Apa yang dah jadi sepanjang masa dia berada di dalam toilet?
AZMIER termenung di bawah khemah sambil memikirkan hal dia, Azie dan Niessa. Ya Allah, dia bakal kehilangan tunang yang dia sayang. Kalau dia terus terang pada Niessa, dia akan terima ke?
Alisya yang tengah landing di atas katil terus bangun bila menyedari rombongan lelaki sudah tiba di halaman rumah. Hisyh, baru sahaja nak terlelap sekejap dah sampai pula. Kawan-kawan baiknya terus menjenguk di balkoni untuk melihat rombongan lelaki datang.
Akar memanjat pohon ara,
Nampak cantik berseri laman,
Besarnya hati tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.”
Seperti biasa, sebelum rombongan masuk ke dalam rumah, mereka akan berjual beli pantun dahulu di halaman rumah. Wakil dari pihak lelaki dan abah masing-masing tak kurang hebatnya menunjukkan kebolehan masing-masing dalam berpantun.
“Nampak cantik berseri taman,
Tempat bertandang burung dan kera,
Hendak menyunting bunga di taman,
Sudahkah cukup syarat dan kira”
Hah, ambil kau abah mula berjual beli. Dah terasa rumah ni macam gelanggang jual beli pantun pula. Bilalah semua ini nak selesai? Jiwanya sudah kacau sejak daripada tadi dan dah tak sanggup lagi nak menyarung baju yang melecehkan ini.
“Isya, hebat juga uncle berpantun ya?”
“Abah dulukan guru bahasa Melayu.”
“Patutlah…”
Mereka bertiga kembali mengintai tetapi kali ini di jendela. Eqal tak ikut sekali ke? Teringin juga nak melihat siapakah gerangan lelaki yang bakal menjadi suami kawan baik mereka.
“Kalau padi katakan padi,
Tidaklah kami tertampi-tampi,
Kalau sudi katakan sudi,
Tidaklah kami ternanti-nanti.”
Sekali lagi Alisya mengeluh. Cukuplah tu berjual beli pantun. Dia dah kelemasan di dalam baju ini. Ya Allah, dia tak sanggup nak memakai baju ini walaupun untuk seminit lagi.
“Tak habis lagi ke mereka dekat luar tu?”
“Belum lagilah, Isya. Eqal tak datang sekali ke, Isya? Tak nampak pun orangnya.”
“Dia tak cakap pula datang ke tidak.”
Alisya turut menjenguk ke luar jendela. Ya Allah, tak habis lagi? Berapa lama lagi dia perlu terseksa pakai baju ni? Karang ada juga yang meraung dekat sini sekejap lagi.
“Pohon nangka di tepi titi,
Pohon cempedak buah sebiji,
Kalau sudah berkenan di hati,
Mari kita mengikat janji.”
Alhamdulillah, selesai sudah berjual beli pantun. Ingatkan tadi nak berpantun hingga ke malam. Kalau mahu, dia boleh tolong bukakan gelanggang. Dia betul-betul rasa terseksa sekarang. Ada juga yang jadi kes gara-gara rimas berada di majlis pertunangan sendiri, gadis yang dipinang tu terjun dari balkoni.
“Jemputlah naik ke rumah.”
Ketika rombongan tersebut melangkah masuk ke dalam rumah, Alisya dan sahabatnya yang lain sempat menangkap susuk tubuh kakak Hazrill di dalam rombongan itu dari jendela. Apa yang kakak Hazrill buat dalam rombongan ni?
“Eh, tadi tu…”
I salah pandang ke you all? Itu bukan ke kakak Hazrill?”
I tak pastilah. You nampak tak Isya?”
Alisya hanya mendiamkan diri sambil merenung ke luar jendela. Betul ke apa yang dia nampak tadi? Kalau itu hanyalah khalayan dia, kawan-kawan dia mesti tak nampak.
“I… I tak pasti apa yang I nampak.”
Alisya terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Betul ke apa yang dia nampak tadi? Tadi tu kakak Hazrillkan? Aku tak faham, kenapa dia ada dalam rombongan meminang ni?
“Isya?”
“I nak pergi toilet sekejap.”
Alisya cuba menenangkan dirinya ketika berada di dalam toilet. Mungkin Kak Zita dengan family Eqal ada kaitan saudara then Mummy Eqal ajak Kak Zita dalam rombongan sekali... mustahillah rombongan ni datang dari pihak Hazrill.
“Tenang, Isya… tenang. Kau boleh buat Isya.”
Bersambung...

No comments:

Post a Comment