Friday 19 February 2016

Lara Semalam Ep72

Alisya terus keluar dan berlari ke arah kereta Hazrill. Sesungguhnya dia tak boleh menahan air matanya mengalir di hadapan Nana. Hazrill yang tengah berbual dengan Iskandar terus berlari-lari anak mengejar Alisya.
“Isya, kenapa ni?”
“Saya tak kuat nak tengok penderitaan Nana, Rill. Saya tak mampu nak tunaikan permintaan dia.”
“Sabar, Isya. Saya tahu apa yang Nana minta tu sangat berat buat awak. Iskandar pun fikirkan begitu.”
Alisya terus menangis semahunya di bahu Hazrill. Dia betul-betul tak mahu menghampakan kawan baiknya namun apa yang dia patut buat? Dia bakal bergelar isteri orang hujung bulan ni. Ya Allah, apa yang patut aku lakukan?
“Saya tak sanggup nak hampakan kawan baik saya, Hazrill tapi masalahnya saya akan jadi isteri orang hujung bulan ni. Dia kawan saya, Hazrill. Waktu semua orang buang saya dulu, dia sahaja yang ada dengan saya setiap masa.”
“Isya, jangan cakap macam tu. Awak tahukan saya sentiasa ada dengan awak.”
“Terima kasih, Hazrill. Awak memang kawan saya.”
Alisya mengesat pipinya yang basah dengan air mata menggunakan tisu. Ya Allah, Kau panjangkanlah umur sahabatku itu.

MALAM itu Alisya membacakan surah yassin untuk Nana atas permintaan Nana. Tenggelam timbul suara Alisya membaca kerana terlalu sebak.
“Isya… tolong tengokkan anak-anak Nana ya lepas Nana tak ada nanti. Temankan anak-anak Nana nanti setiap kali birthdaynya…”
“Inshaallah, Nana. Isya akan cuba.”
Nana tersenyum sambil menggenggam erat tangan kawan baiknya. Ya Allah, hanya pada Alisya sahaja yang dia dapat meminta pertolongan untuk menjaga anak-anaknya. Jika Alisya tiada, tak tahulah apa yang akan terjadi pada anak-anaknya.
“Isya…”
“Ya?”
“Terima kasih sebab bagi peluang dekat Nana untuk melihat dunia ni sekali lagi dan terima kasih sebab kenalkan Nana dengan abang.”
Alisya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum meskipun air matanya sudah laju menitis membasahi pipi. Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan sahabat baikku ini.
“Jangan menangis, Isya. Simpan tangisan itu untuk sesuatu yang membahagiakan.”
“Nana, jangan banyak bercakap. Nana kena berehat.”
“Tak apa, Isya. Lepas ni Nana akan berehat lama.”
Makin kuat esakan Alisya tatkala mendengar kata-kata Nana itu. Ya Allah, dia tak mahu kehilangan sahabat baiknya ini.
“Jangan cakap macam tu, Nana. Hati Isya ni macam terkoyak-koyak bila dengar.”
Nana hanya tersenyum mendengar kata-kata Alisya. Dia bahagia kenal dan berkawan dengan Alisya. Walaupun hanya sekejap sahaja, dia tetap rasa bahagia. Alisya sanggup datang dari jauh semata-mata kerana dia.
“Nana ada sesuatu untuk Isya. Isya tolong ambilkan kotak dalam laci tu.”
“Kotak? Sekejap ya Isya ambil.”
Lepas mengambil kotak yang Nana maksudkan, Alisya terus menghulurkannya pada Nana. Ketika melihat apa yang berada di dalam kotak tu, Alisya terkedu. Itu bukan ke rantai tangan yang Iskandar sarungkan ke tangan Nana waktu upacara batalkan air sembahyang dulu?
“Isya pakai ya?”
Alisya menolak tangan Nana yang menghulur kotak itu kepadanya. Itu hadiah dari Iskandar untuk Nana. Dia tak boleh menerimanya. Rantai tangan itu terlalu bernilai untuk mereka berdua.
“Tak, Nana. Itu Nana punya. Is bagi untuk Nana.”
“Pakailah, Isya. Abang pun tahu Nana nak bagi rantai tangan ni pada Isya dan dia dah izinkan.”
Laju Alisya menggeleng. Dia tak mahu mengambil rantai tangan yang sungguh bermakna buat Iskandar dan Nana. Dia tak ada hak untuk terima rantai tangan tu. Rantai tangan tu milik Nana dan sepatutnya diserahkan kepada anak mereka bila mereka dah besar. Nana tak sepatutnya bagi padanya.
No, Isya tak nak. Rantai tangan tu sangat bermakna buat Nana dengan Is. Baik Is yang simpan rantai tangan tu.”
“Pakailah, Isya.”
Alisya tetap menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu pakai rantai tangan tu sebab benda tu sangat istimewa buat Iskandar dan Nana. Kenapa Nana mesti nak bagi dia? Tak pernah ke Nana terfikir betapa dia sakit hati bila Nana memaksanya untuk menerima benda yang terlalu berharga dalam hidup Nana?
“Kenapa Nana buat Isya macam ni? Nana tahu tak hati Isya terluka setiap kali Nana minta yang bukan-bukan pada Isya?”
“Maafkan Nana…”
Makin laju gelenggan Alisya. Ya Allah, jangan Kau ambil nyawa kawanku ini… masih banyak lagi perkara yang mereka perlu buat bersama.
“Nana… Isya masih perlukan Nana… anak-anak Nana semua perlukan Nana. Nana kena sihat macam dulu lagi.”
“Isya… maafkan Nana…”
“Janganlah macam ni, Nana… Isya tak suka…”
Nana mengesat air mata Alisya perlahan dengan senyuman di bibirnya. Ya Allah, kau berikanlah ketabahan kepada sahabatku dan keluargaku untuk menerima kenyataan yang hidup ini sudah tidak lama lagi.
“Isya… dalam buku ni ada semua maklumat pasal anak-anak Nana. Nana nak Isya simpan ya? Inshaallah, buku ni akan membantu Isya nanti.”
Alisya merenung buku yang dihulurkan kepadanya dengan sebak yang semakin menyucuk sanubarinya. Kenapa Nana buat dia macam ni? Kenapa Nana tak cuba untuk sembuh semula? Kenapa Nana putus asa macam ni?
“Nana percayakan Isya… Nana tahu Isya boleh bantu abang uruskan anak-anak kami.”
“Nana, kita pergi hospital nak? Mungkin doktor boleh rawat penyakit Nana ni?”
“Penyakit Nana ni dah tak boleh buat apa-apa lagi, Isya…”
Alisya terus memeluk Nana sambil menangis tersedu-sedan. Ya Allah, aku tak mampu nak menghadapi kehilangan sahabatku ini. Panjangkanlah umurnya, Ya Allah. Masih terlalu banyak janjiku dengannya yang masih belum sempat aku tunaikan…
“Kenapa Nana buat Isya macam ni? Kenapa Nana tak cuba untuk sembuh? Isya perlukan Nana… anak-anak Nana perlukan Nana. Tolonglah Nana, tolonglah cuba untuk sembuh demi kami.”


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment