Saturday 24 November 2012

Lara Semalam 29

TIBA sahaja di hadapan rumah familynya, Alisya meramas-ramas tangannya. Ya Allah, perasaan dia sekarang berbelah bagi sama ada mahu melangkah masuk ke dalam rumah itu berjumpa orang tuanya atau membatalkan niatnya untuk berjumpa dengan keluarganya.
            “Rill, Isya takutlah.”
            “Rillkan ada. Isya jangan risau okey?”
            Alisya mengangguk perlahan sebelum melangkah keluar dari kereta. Ya Allah, macam manakah penerimaan keluarganya nanti? Dia takut akan terulang kembali hal yang sama.
            “Kalau jadi macam dulu macam mana? Kita balik sahajalah.”
            “Isya… Rill tak tahu apa yang pernah jadi hari tu tapi Isya dah berjanjikan nak jumpa ibu dengan abah Isya hari ni? Tak elok mungkiri janji.”
            Alisya terus menurut langkah Hazrill menghampiri rumah keluarga Alisya. Dari luar lagi mereka sudah mendengar keriuhan dia dalam rumah itu. Nak masuk ke tak nak ni? Aku takutlah nak tengok reaksi mereka nanti.
            “Assalamualaikum…”
            “Wa’alakum… Ya Allah, Isya!”
            Alisya memandang Hazrill sebelum dia menghampiri ibunya takut-takut. Dia takut ibunya bertindak seperti dulu lagi.
            “Isya, maafkan ibu sayang. Ibu tak sengaja.”
            “Ibu, ibu janganlah marah Isya lagi. Isya dah tak ada sesiapa lagi dah… semua orang marahkan Isya. Isya tak buat pun apa yang mereka katakan itu.”
            Ibu mengangguk sambil memeluk anak gadisnya itu. Kesian anaknya itu, terlalu banyak penderitaan yang perlu ditanggungnya.

            “Marilah kita masuk. Semua ada dekat dalam. Hazrill, marilah masuk sekali. Ibu baru sahaja nak potong kek dekat dalam.”

1 comment:

  1. sape nk di perslh kn dlm persoalan neh?hazrill,alisya atau takdir yg menentu kn...hazrill alisya sama2 menanggung kecewa,sengsara kerna andai tu ketentuan ilahi sape lh kite tuk pertikaikan...namun berdoa lh ke hadrat ilahi agar jodoh buat mu berdua masih ade.......

    ReplyDelete