Tuesday 26 June 2012

DIA DIHATIKU 14

-->

Sayu hati Aishah melihat keadaan Azman.
“Man...Sha datang ni.”
“Sha..sayang...Kenapa?Kenapa menangis sedangkan Sha dah cantik?”
“Sha tak cantik tanpa Man.”
“jangan begini...Sha...bukan  jodoh..kita.”
Kepala Aishah menggeleng laju.Tak!Azman akan selamat.Mereka akan kahwin.Bibir Azman tiba-tiba mengukur senyuman.
“Sha,terima kasih..”
“untuk apa?Jangan berterima kasih dengan Sha.Sha tak mahu..Man...Jangan putus asa.Jangan tinggalkan Sha.”
“Tolong jagakan mummy boleh?”
“Tak!!Man kena sihat!Man kena bangun..”
“Tolong..Man..Jaga..Mummy..”
Suara Azman mula tenggelam timbul.Aishah mengangguk setuju dengan permintaan Azman itu.Air mata semakin laju mengalir.
“Man,mengucap..Mengucap,Man..”
Lepas Azman mengucap dua kalimah syahadah,dia tersenyum memandang Aishah sebelum matanya tertutup rapat.
“Man?Man?!Doktor!!Man,bangun Man..Bangun!!MAN!!!!!!!!!!”
Aisyah terus terkulai layu di sisi katil Azman.Kepalanya terhantuk pada besi katil sebelum jatuh terbaring.Sedar-sedar je dia dah ada di dalam biliknya dan masih berpakaian pengantin.
“abang?”
“Sha dah sedar?”
“kenapa Sha pakai baju nie?Sha dah kahwin ke?”
“Sha?Sha tak ingat ke?Kan Man...”
“Man?Sha kenal Man ke?”
Firas Huzaimi terus menarik tangan Aishah menuruni tangga.Tangan Aishah dilepaskan di sisi jenazah.
“Sha tak ingat Man ke?”
“Siapa Man?Kenapa ramai-ramai ni?Siapa yang meninggal?”
Mummy menangis melihat keadaan Aishah..Mama terus menangis di bahu papa. Waktu jenazah nak dibawa ke kubur,Aishah hanya mampu memandang.Dia rasa kehilangan tapi dia tak tahu kenapa??

2 comments:

  1. Nurul betul-betul hilang ingatan atau dia tak dapat terima kenyataan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnarnya dia xdpt trima kmatian tunang sndiri..heheh

      Delete